Pemandu Langgar 6 Kereta Di Bukit Jalil & Disyaki Positif Dadah Kini Ditahan Polis
Hasil ujian air kencing pemandu kenderaan jenis Lexus yang telah merempuh enam kenderaan lain didapati positif dadah jenis ganja (THC).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila anda ingin memandu kereta, biarlah dalam keadaan sedar sepenuhnya kerana sebarang kecuaian yang dilakukan boleh mengakibatkan kemalangan dan membawa maut kepada diri dan juga pengguna jalan raya.
Sebelum ini, pernah berlaku beberapa kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang positif dadah dan juga mabuk.
Antara kes yang terbaharu adalah melibatkan seorang pemandu kereta mewah yang disyaki mabuk lalu merempuh beberapa kenderaan di kawasan parkir valet di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya.
Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu terjadi apabila sebuah kereta mewah jenis Porsche 911 Carrera didakwa telah melanggar penghadang jalan sebelum hilang kawalan.
BACA JUGA: Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis
Pemandu Langgar 6 Kereta Di Jalan Raya Berhampiran Bukit Jalil
Baru-baru ini, satu lagi kejadian hampir sama berlaku melibatkan seorang pemandu yang memandu kenderaannya dalam keadaan berbahaya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik semula oleh seorang wartawan (@redzuanNewsMPB), dapat dilihat sebuah kereta berwarna hitam bergerak dalam keadaan sangat laju sehingga melanggar beberapa kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Cheraas Asisten Komisioner Zam Halim bin Jamaluddin dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook (Polis KL) memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu (4 Mac) sekitar jam 10:30 pagi.
Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Bukit Jalil dari arah bangunan ASTRO menghala ke bulatan Lumba Kuda.
Kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Lexus hilang kawalan sebelum melanggar enam buah kenderaan yang berhenti di lorong kiri dan kanan ketika menunggu lampu isyarat.
Kemalangan tersebut hanya melibatkan kerosakan kepada kenderaan yang terlibat dan tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Daerah Cheraas Asisten Komisioner Zam Halim bin Jamaluddin.
Pemandu Lexus langgar 6 kenderaan lain di Bukit Jalil.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 5, 2023
Pemandu didapati positif dadah jenis ganja (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi .
Video : orang awam pic.twitter.com/m6d8tIC7z0
Pemandu Disyaki Positif Dadah Dan Kini Ditahan Oleh Pihak Polis
Pemandu kenderaan jenis Lexus itu kini sudah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menjalani ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ujian tersebut mendapati pemandu berkenaan positif dadah jenis ganja (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi bersabit repot Dang Wangi 6145/23.
Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan berkenaan untuk segera menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
BACA JUGA: Kemalangan 5 Kereta: Pemandu Myvi Positif Dadah & Kini Ditahan Reman
BACA JUGA: Kemalangan Di Jalan Ipoh: Polis Sahkan Pemandu Lori Positif Dadah
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.