Now Reading
Polis Siasat Pemandu Kereta Selamba Masuk Lorong Motosikal

Polis Siasat Pemandu Kereta Selamba Masuk Lorong Motosikal

Pemandu kereta Proton Persona itu dilihat memasuki lorong motosikal di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan ada macam-macam jenis pemandu di jalan raya seperti tidak suka bagi signal, suka memotong dan mencelah serta banyak lagi.

Memang kena banyak bersabarlah orang cakap. Lebih-lebih lagi kalau memandu di kawasan bandar.

Selain itu, kecuaian diri juga sebenarnya boleh membahayakan nyawa orang lain. Antaranya kes seperti tersalah posisi gear dan secara tidak sengaja merempuh sebuah premis.

BACA JUGA: Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank Gara-gara Salah Posisi Gear

Kereta masuk laluan motosikal

Baru-baru ini, tular lagi kes di mana seorang pemandu kereta dengan selamba memasuki lorong yang dikhaskan untuk penunggang motosikal.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan telah merisaukan ramai pihak terutamanya penunggang motosikal di kawasan tersebut.

Menurut laporan, pihak polis kini sedang mengesan pemandu kereta Proton Persona tersebut yang menghala ke Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pesalah tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Pemilik kenderaan diminta untuk tampil memberi penjelasan tentang kejadian yang berlaku. Mana-mana saksi juga boleh tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut, boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd