Now Reading
Terbang Ke Almaty Kazakhstan, Harga Tiket RM99 Sahaja Dengan AirAsia X!

Terbang Ke Almaty Kazakhstan, Harga Tiket RM99 Sahaja Dengan AirAsia X!

AirAsia X telah menawarkan tambang promosi pengenalan bermula dengan harga serendah RM99 sahaja bagi tempat duduk kelas ekonomi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pada 28 November lalu AirAsia X (AAX) telah mengumumkan pelancaran unggul penerbangan Malaysia pertama secara langsung ke Almaty, Kazakhstan!

Untuk makluman semua, penerbangan ke kawasan Asia Tengah itu bakal bermula pada 14 Mac 2024.

Penerbangan AirAsia X (AAX) ke kawasan tersebut telah membuktikan prestasi sebagai syarikat penerbangan jarak sederhana dalam meneroka dan meluaskan peluang baharu bagi golongan pengembara, foodie dan buat anda yang berminat untuk mendalami kepelbagaian budaya luar di sekitar Asia.

Dalam pada itu, syarikat tersebut berasa yakin bahawa perjalanan itu bakal menyumbang peningkatan tinggi dalam perjalanan dua hala antara Kuala Lumpur dan bandar terbesar Kazakhstan dengan aksesibiliti yang lebih berpatutan.


Bandar Almaty Kaya Dengan Warisan Budaya

Buat anda yang kurang mengetahui tentang Almaty, bandar itu merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan Kazakhstan yang menawarkan persekitaran indah, kekayaan warisan budaya dengan campuran tradisional serta moden.

Bukan itu sahaja, Almaty juga berfungsi sebagai sebuah gerbang ke salah satu daripada sepuluh negara terbesar di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: AirAsia Perkenal ‘Route’ Baharu, Almaty. Boleh Letak Dalam Bucket List Untuk Bercuti!

Sumber: Tripadvisor

Penerbangan Langsung Ke Almaty Mampu Jalin Hubungan Erat Kazakhstan & Malaysia

Menurut Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev, penglibatan AirAsia X (AAX) ke Kazakhstan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

Laluan baru AirAsia X ke Almaty, Kazakhstan telah dilancarkan oleh Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev dan Penasihat Kedutaan, Arsen Turgambayev; bersama-sama dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, CEO Capital A; Benyamin Ismail, CEO AirAsia X, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Karen Chan dan Bo Lingam, CEO Kumpulan AirAsia Aviation di Kedutaan Besar Republik Kazakhstan di Kuala Lumpur.

“Inisiatif strategik ini tidak hanya mengukuhkan ikatan budaya dan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia, tetapi juga menyediakan pilihan berpatutan bagi para pelancong di rantau ini untuk menerokai keindahan Almaty dan seluruh Kazakhstan sebagai negara terbesar ke-9 di dunia dengan kemajuan digital melangkaui beberapa negara Eropah, Asia, serta Amerika.” kata beliau.


Buka Ruang Perdagangan & Pendidikan Di Kazakhstan

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail menyifatkan route baru itu sebagai pasaran baru laluan strategik untuk diterokai secara lebih luas.

“Sebagai usaha pertama kami ke Asia Tengah, pengembangan ke pasaran Kazakhstan adalah bukti kukuh terhadap visi dan tekad kami untuk meneroka destinasi baru serta meneruskan perkhidmatan ke destinasi paling popular kami selepas pandemik,” jelas Benyamin Ismail.

Inisiatif tersebut juga bakal membuka ruang peluang perdagangan dan pendidikan yang mengambil kira status Kazakhstan sebagai negara terkaya di serantau Asia Tengah.


Promosi Tambang Penerbangan Serendah RM99 Sahaja!

Berita baik buat mereka yang berminat untuk melancong ke Almaty, AirAsia X telah menawarkan tambang promosi pengenalan bermula dengan harga serendah RM99 sahaja bagi tempat duduk kelas ekonomi.

Untuk anda yang ingin membeli tiket, tempahan akan bermula pada 24 hingga 30 November 2023 bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Save the date!

Untuk info, tambang promosi itu termasuk cukai lapangan terbang, fi Mavcom, surcaj bahan api, cukai dan yuran lain-lain yang berkaitan.
Tambang promosi tersebut khas untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia sahaja serta tertakluk pada terma dan syarat.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd