Now Reading
Singapura Keluar Amaran, Krim Ekzema Dari Malaysia Didakwa Ada 430 Kali Ganda Arsenik Lebih Had

Singapura Keluar Amaran, Krim Ekzema Dari Malaysia Didakwa Ada 430 Kali Ganda Arsenik Lebih Had

Pengeluar krim ‘Euzema Confidence Revival Cream’ bagaimanapun mendakwa bahan-bahan yang digunakan adalah semula jadi, bebas steroid dan tiada kesan sampingan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu produk keluaran Malaysia yang dipercayai boleh menyembuhkan masalah ekzema telah disiasat oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) berikutan kandungannya yang membahayakan kesihatan.

Memetik sumber The Straits Times, krim ekzema dikenali sebagai Euzema Confidence Revival Cream’ itu mengandungi 430 kali ganda melebihi had arsenik yang dibenarkan dalam sesuatu produk.

Arsenik adalah logam berat toksik yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, dermatitis kontak atau ruam.

Keracunan arsenik juga boleh berlaku dengan penggunaan produk mengandungi tahap arsenik yang tinggi dalam tempoh agak berpanjangan.

Sumber: The Straits Times

Penggunaan steroid jangka panjang boleh menyekat pengeluaran steroid dalam tubuh badan dan individu yang berhenti menggunakan produk tersebut secara mengejut tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan gejala serius seperti kekurangan adrenal yang membawa kepada kekeliruan, sakit otot dan sendi, tekanan darah rendah dan sawan.

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA).

Lebih membimbangkan lagi, krim berkenaan telah dijual secara atas talian di Malaysia melalui laman web dan platform e-dagang dan mendakwa bahan-bahan yang digunakan adalah semula jadi, bebas steroid dan tiada kesan sampingan.

Susulan itu, HSA menyarankan pengguna untuk segera berjumpa dengan doktor bagi membuat pemeriksaan kerana krim terbabit juga mengandungi steroid yang tinggi.


HSA Siasat Krim Ekzema Ini Selepas Pengguna Terima Kesan Buruk

Produk ini mendapat perhatian HSA selepas menerima laporan berhubung seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang mengalami keradangan kulit dikenali sebagai purpura selepas didakwa menggunakan krim ekzema berkenaan selama tempoh setahun.

Masalah kulit tersebut menyebabkan lelaki terbabit mempunyai bintik merah keungguan pada tubuh badan selain berlaku pendarahan kecil di bahagian bawah kulit.

Doktor yang merawat pesakit ini bagaimanapun telah melaporkannya kepada HSA selepas mengesyaki masalah yang berlaku itu berpunca daripada mineral berlebihan terkandung dalam krim ekzema terbabit.

Sumber: The Straits Times

Berikutan itu, HSA telah bekerjasama dengan pihak pengurusan platform e-dagang untuk mengeluarkan produk jualan berkenaan dan memanggil dua orang penjual bagi membantu siasatan.

HSA juga menasihati orang ramai agar menghentikan penggunaan produk krim ekzema berkenaan dan berhati-hati dalam membeli sebarang produk yang mengandungi sumber dan bahan meragukan.

Baca Artikel Berkaitan: 5 Produk Kosmetik Dikesan Ada Racun Berjadual – KKM

Baca Artikel Berkaitan:Ada Racun Berjadual” – KKM Beri Amaran Senarai Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya

Baca Artikel Berkaitan: KKM Gesa Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd