Now Reading
Blackpink Dianugerah Darjah Kebesaran MBE Oleh Raja Charles III Di Istana Buckingham

Blackpink Dianugerah Darjah Kebesaran MBE Oleh Raja Charles III Di Istana Buckingham

Kumpulan Blackpink telah dianugerahkan dengan penghormatan Semalam (22 November), Raja Charles III menghadiahkan mereka dengan penghormatan Member Of The Order Of The British Empire (MBE) di Istana Buckingham, United Kingdom atas usaha mereka dalam mempromosikan isu berkaitan alam sekitar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ahli kumpulan Korea Blackpink iaitu Roseanne Park, Jennie Kim, Jisoo Kim dan Lalisa Manoban (Lisa) kini secara rasmi telah menjadi Member Of The Order Of The British Empire (MBE).

Semalam (22 November), Raja Charles III telah mengurniakan anugerah itu kepada kumpulan berkenaan di Istana Buckingham, United Kingdom.

Sumber: Twitter

Ahli kumpulan K-pop itu diberi penghormatan atas komitmen mereka meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim memandangkan mereka adalah duta bagi sidang kemuncak perubahan iklim COP.

Mereka sebelum ini memainkan peranan penting dengan menjadi sebahagian daripada promoter COP26 untuk sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan sebelum ini di Glasgow pada 2021.

“Saya mengagumi bagaimana mereka boleh mengutamakan isu-isu penting ini, serta menjadi superstar global,” titah baginda semasa berucap pada majlis itu.

Sumber: Twitter

Sementara Jennie, Jisoo dan Lisa menerima MBE kehormat, Rose pula diberikan MBE tradisional kerana dia merupakan warganegara New Zealand di mana Charles secara rasminya adalah ketua negara.

Semasa majlis berlangsung, Raja Charles dilihat turut bergurau dengan kumpulan selain menzahirkan harapan untuk menyaksikan persembahan Blackpink secara langsung suatu hari nanti.

Sumber: Twitter

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan wanita pertama Kim Keon Hee turut hadir pada majlis tersebut dan menyaksikan gadis-gadis itu menerima MBE mereka

Lawatan mereka berdua di London adalah sebahagian daripada lawatan negara di samping untuk mengukuhkan hubungan perdagangan serta perkongsian ketenteraan antara UK dan Korea Selatan.

Presiden Yoon sebelum ini telah bertemu dengan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak dan setiausaha luar yang baru dilantik iaitu Lord David Cameron yang juga bekas Perdana Menteri Britain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd