Now Reading
6 Pensyarah UniMAP Tersenarai Antara Saintis Terbaik Di Dunia. Tahniah!

6 Pensyarah UniMAP Tersenarai Antara Saintis Terbaik Di Dunia. Tahniah!

Antara pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang tersenarai dalam kategori 2% saintis terbaik di dunia adalah Prof Teknologis Dr Uda Hashim dan Prof Madya Ir Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi.

6 PENSYARAH UNIMAP

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kejayaan yang mengharumkan nama negara oleh rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa, pasti ramai yang tumpang gembira dan bangga dengan mereka.

Pelbagai kecemerlangan yang diperolehi oleh masyarakat Malaysia dalam pelbagai bidang termasuklah dari segi pendidikan, hiburan dan sukan di peringkat antarabangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Dilantik Jadi Pensyarah Di Korea & Terima PhD Pada Usia 29 Tahun. Kejayaan Wanita Ini Buat Ramai Terpegun!

Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah UKM Sumbang Dana Buat Pelajar Untuk Beli Laptop Demi Siapkan Tesis. Salute!


Enam Pensyarah Harumkan Nama UniMAP Di Persada Antarabangsa

Baru-baru ini, enam orang pensyarah dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah tersenarai dalam golongan 2% saintis yang terbaik di dunia atau World’s Top 2% Scientists.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah universiti penyelidikan swasta berpangkalan di Stanford, California Amerika Syarikat (AS) iaitu Universiti Stanford.

Pada masa yang sama, kejayaan itu turut tersenarai di bawah Career-long & Single Year Citation Impact selepas mereka berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin.

Sumber: Alpha Group

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra di Arau semalam (21 November).

Enam pensyarah tersebut adalah:

  • Prof Dr Subash Chandra Bose Gopinath
  • Prof Teknologis Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah
  • Prof Teknologis Dr Uda Hashim
  • Prof Madya Ir Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi
  • Prof Madya Dr Liew Yun Ming
  • Prof Madya Dr Voon Chun Hong

Baginda bertitah bahawa kecemerlangan enam orang pensyarah tersebut dalam penyelidikan saintifik membuktikan bahawa tenaga pengajar UniMAP setanding dengan universiti terbaik di dunia.


Pensyarah Di Malaysia Yang Pernah Mencapai Kejayaan Dalam Kategori Sama

Namun, ini bukan kejayaan pertama membabitkan pensyarah di universiti tempatan.

Pada tahun 2021, seramai 12 orang pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) turut tersenarai dalam kategori 2% saintis terbaik di dunia di bawah pengiktirafan Universiti Stanford.

12 orang pensyarah tersebut adalah:

  • Profesor Dr. Jose Rajan
  • Profesor Dr. Rizalman Mamat
  • Dr. Sudhakar Kumarasamy
  • Profesor Madya Dr. Wan Azmi Wan Hamzah
  • Profesor Dato’ Ts. Dr. Zularisam Ab. Wahid
  • Profesor Dr. Md. Maksudur Rahman Khan
  • Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli
  • Profesor Madya Dr. Md. Arafatur Rahman
  • Profesor Ts. Dr. Md. Mustafizur Rahman
  • Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Kumaran a/l Kadirgama
  • Ts. Dr. Norazlianie Sazali
  • Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd. Yusoff

Semoga lebih banyak lagi kejayaan yang akan dikecapi oleh rakyat Malaysia pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd