Now Reading
KKM Buka Permohonan Sertai Pasukan Sukarelawan Perubatan Ke Gaza – Dr Zaliha

KKM Buka Permohonan Sertai Pasukan Sukarelawan Perubatan Ke Gaza – Dr Zaliha

Permohonan atas talian untuk menjadi seorang sukarelawan ke Semenanjung Gaza itu dibuka kepada pegawai perubatan serta kakitangan KKM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (15 November), Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuka permohonan kepada mana-mana pegawai perubatan yang bersedia untuk dihantar sebagai seorang sukarelawan ke Semenanjung Gaza.

Menurut menteri Dr Zaliha Mustafa, permohonan tersebut telah pun dibuka secara atas talian buat mereka yang berminat.

Buat para sukarelawan yang terpilih, mereka akan dihantar ke bumi Gaza sebaik sahaja mendapat kebenaran memasuki sempadan negara itu.


Pegawai Atau Kakitangan KKM Yang Dihantar Ke Palestin Bakal Jalani Latihan

Tambah beliau, mana-mana pegawai dan kakitangan KKM yang berhasrat ke Palestin akan menjalani latihan bagi mempersiapkan diri dari segi kekuatan mental serta fizikal.

“Dari sudut pasukan, insya-Allah kita bersedia dan akan melatih mereka. Latihan itu dari sudut fizikal, mental dan emosi kerana apabila berdepan dengan peperangan, ia adalah satu perkara yang sangat tertekan,” kata beliau.

Dr Zaliha dalam masa sama berkata bahawa beliau masih belum menerima data tentang jumlah kakitangan KKM yang sudah memohon menjadi sukarelawan di Palestin.

Dalam pada itu, KKM sedang menunggu perkembangan lanjut mengenai situasi semasa tentang Semenanjung Gaza daripada pihak di negara yang sedang berperang pada ketika ini.

“Kita bekerja rapat bersama pasukan seperti Palang Merah di sana, manakala di sini kita bekerja dengan MERCY. Jadi itu persediaan di peringkat kami,” jelas beliau.


Hospital Kanak-kanak Di Gaza Sudah Lumpuh

Semalam (14 November), Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi Gaza, Mustafa al-Kahlot berkata bahawa fasiliti kesihatan berkenaan kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.

Menurut beliau, hal berkenaan disebabkan tentera Zionis Israel telah mengepung kawasan itu serta menyekat bekalan elektirik, air dan oksigen untuk kegunaan hospital.

Oleh sebab itu, kakitangan perubatan, pesakit dan berpuluh-puluh keluarga pelarian yang tinggal di hospital itu terpaksa berpindah.

Walaupun ramai dilaporkan telah berpindah, namun beberapa pesakit terpaksa ditinggalkan di unit rawatan rapi kerana jumlah ambulans yang tidak mencukupi.

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: Tentera Israel Ragut Nyawa 160 Kanak-Kanak Palestin Di Semenanjung Gaza Setiap Hari – WHO

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: 50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd