Now Reading
Anwar Ibrahim Nafi Dakwaan PKR Jadi Ahli Pertubuhan Yang Sokong Israel

Anwar Ibrahim Nafi Dakwaan PKR Jadi Ahli Pertubuhan Yang Sokong Israel

Anwar menegaskan bahawa PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa dikenali sebagai Liberal International dan hanya menjadi associate pada peringkat awal.

liberal international PKR

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat pada hari ini (7 November) telah ditanyakan soalan berkaitan status Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan pernah menjadi ahli pertubuhan yang menyokong Israel.

Memetik sumber Berita Harian, Anwar menegaskan bahawa PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa dikenali sebagai Liberal International dan hanya menjadi associate pada peringkat awal.

Walau bagaimanapun, isu berkaitan pengiktirafan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian untuk menyokong Israel menyebabkan mereka tidak lagi menjadi ahli pertubuhan tersebut.

Anwar mengakui bahawa beliau pernah menghadiri serta menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Liberal International di Kaherah, Mesir yang turut dihadiri oleh ketua parti pembangkang Mesir.

Betul saya hadir persidangan itu. Kita juga hadir di United Nations (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan di PBB, Israel merupakan anggota yang diiktiraf. Namun kita hadir sebagai anggota (PBB) tidak bermakna kita ada kena-mengena dengan Israel. Kita tidak ada hubungan dengan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR Telah Putuskan Hubungan Dengan Pertubuhan Liberal International

Anwar memberitahu bahawa PKR telah memutuskan hubungan mereka dengan pertubuhan tersebut selepas dikaitkan dengan pendirian Liberal International yang ke arah menyokong Israel.

Oleh yang demikian kita putus hubungan dan ini dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital selaku Ketua Penerangan (PKR). Kalau ditanya dalam hubungan dengan beberapa badan antarabangsa yang saya pernah hadir, saya hadir sebagai pengerusi, tetapi ada had dia. Bila timbul masalah pengiktirafan Israel, maka saya kata itu batas kita, tetapi rundingan dalam isu lain, saya teruskan umpamanya dalam ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: Harian Metro

Fahmi Fadzil Minta Pihak Liberal International Buang Nama & Logo PKR

Perkara itu turut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan PKR pada Jumaat lalu (3 November) menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @fahmi_fadzil).

Fahmi berkata terdapat percubaan sesetengah pihak yang cuba untuk membuat tuduhan palsu dengan mengaitkan PKR dengan Liberal International.

Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International). KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Fahmi sebelum ini telah menghubungi pihak Liberal International agar nama serta logo PKR dibuang dari laman web berkenaan.

Jelasnya lagi, PKR tidak pernah membuat pembayaran sebagai ahli bagi pertubuhan terbabit.


Apa Sebenarnya Yang Berlaku Sebelum Ini?

Terdahulu, wujud dakwaan yang mengatakan bahawa PKR merupakan salah satu ahli dalam pertubuhan Liberal International.

Ini kerana nama parti berkenaan telah dilihat tersenarai sebagai ahli menerusi laman web pertubuhan antarabangsa itu.

Sumber: Liberal International
Sumber: Liberal International

Menerus carian kami di laman web Liberal International pada hari ini (7 November), hanya satu parti sahaja dari Malaysia yang masih tersenarai iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan mereka merupakan ahli parti yang memerhati (observer member party).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd