Now Reading
Restoran Di Ipoh & Pusat Beli-belah Di Johor Antara Pemenang Anugerah ‘Toilet Of The Year 2023’

Restoran Di Ipoh & Pusat Beli-belah Di Johor Antara Pemenang Anugerah ‘Toilet Of The Year 2023’

Bagi edisi pertama Anugerah Toilet Of The Year pada tahun 2023, terdapat lima kategori yang dipertandingkan termasuklah hotel dan restoran.

anugerah toilet of the year 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat julung kalinya, Anugerah Toilet Of The Year 2023 telah dianjurkan atas cetusan idea Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan sendiri iaitu Nga Kor Ming.

Anugerah ini dilakukan bagi memastikan tandas awam di Malaysia mencapai piawaian Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) serta memberi keselesaaan kepada orang ramai.

Memetik laporan Astro Awani, anugerah ini juga adalah sebagai langkah persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2025.

Mulai tahun ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengorak langkah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam di negara ini dengan meningkatkan pengurusan kebersihan dan keselesaan premis itu yang sebelum ini kurang memuaskan kepada yang bertaraf BMW.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam satu sidang media, Nga memaklumkan bahawa pasaran industri peralatan tandas di seluruh dunia adalah sekitar RM80 bilion dan dijangka akan bertambah sehingga 7.6% setiap tahun.

Tambah Nga lagi, tujuan sebenar anugerah ini bukanlah untuk menjadikan tandas awam di Malaysia bertaraf dunia, sebaliknya untuk membangunkan industri peralatan tandas bagi jenama tempatan.

Industri ini berkembang dengan sangat pesat susulan urbanisasi dunia dalam memperkenal kediaman pintar yang turut dilengkapi tandas pintar serta kesedaran dalam penjagaan tandas. Seperti di Korea ada COWAY, di Jepun pula ada Toto.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Hadiah Untuk Pemenang Bagi Penganjuran Anugerah Toilet Of The Year 2024 Akan Dinaikkan

Bagi menggalakkan lagi penyertaan dari ramai pihak, hadiah wang tunai bagi para pemenang akan dinaikkan daripada RM10,000 pada tahun ini kepada RM20,000.

Sumber: DAP Malaysia

Malah, bilangan katergori penyertaan juga akan diperluaskan daripada lima kepada tujuh kategori baharu melibatkan sekolah dan pihak berkuasa tempatan.

Pada tahun ini, sebanyak 345 penyertaan telah diterima bagi kategori seperti berikut:

  • Industri hotel
  • Pusat membeli-belah
  • Konsesi lebuh raya
  • Stesen minyak
  • Restoran

Pemenang Bagi 5 Kategori Anugerah Toilet Of The Year 2023

Sumber: X (Twitter @NgaKorMing)

Bagi edisi pertama Anugerah Toilet Of The Year pada tahun 2023, beberapa buah negeri telah dinobatkan sebagai pemenang bagi lima kategori yang dipertandingkan.

Antaranya:

  • Industri hotel: The George Group Penang
  • Pusat membeli-belah: Toppen Shopping Mall, Johor Bahru
  • Konsesi lebuh raya: Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Elmina Arah Selatan, Selangor
  • Stesen minyak: Petron Senai, Johor
  • Restoran: Cawan Mu Ipoh, Perak
Sumber: X (Twitter @NgaKorMing)

Meskipun KPKT adalah penganjur anugerah ini, namun pemilihan pemenang dibuat oleh juri bebas daripada daripada Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Artikel Berkaitan: “Tandas Ramah Mesra” – Orang Ramai Terhibur Tengok Tandas Stesen Minyak Tak Ada Pintu & Penghadang

Artikel Berkaitan: TBS Toilets Are Dirty, Anthony Loke Asked To Intervene


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd