Now Reading
Tesla Model Y Terbakar Di Puchong Ketika Pemilik Parkir Untuk Ke Kedai Makan

Tesla Model Y Terbakar Di Puchong Ketika Pemilik Parkir Untuk Ke Kedai Makan

Pihak bomba mendapati 70% badan kereta elektrik Tesla jenis Model Y itu hangus dijilat api dalam kebakaran di Puchong.

tesla model y terbakar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah kereta elektrik jenama Tesla jenis Model Y dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di Jalan Puchong Jaya, Puchong semalam (16 Oktober).

Memetik sumber Astro Awani, pemilik kenderaan berkenaan memarkir keretanya buat sementara waktu ketika mahu menjamu selera.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8:32 malam sebelum mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70% dan tidak melibatkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar.

Kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya dan kes terbabit kini diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette
Sumber: Paul Tan

Netizen Dakwa Ia Kebakaran Pertama Di Malaysia Melibatkan Kereta Elektrik

Rakaman video ketika kebakaran yang berlaku di kawasan terbuka itu juga dimuat naik oleh beberapa netizen di media sosial.

Malah, ada yang mendakwa kebakaran tersebut mungkin berpunca dari bateri lithium dalam kereta elektrik berkenaan.

Bukan itu sahaja, netizen juga membuat dakwaan bahawa kejadian kebakaran yang berlaku ini berkemungkinan antara yang pertama di Malaysia melibatkan kereta elektrik.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari Tesla berhubung insiden tersebut.


Info Berkaitan Kereta Elektrik Tesla Model Y

Pada bulan Julai lalu, syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla mengumumkan bahawa SUV Model Y telah dibuka di pasaran Malaysia bermula 14 Julai dengan harga bermula dari RM199,000 .

Model Y merupakan antara SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan lima bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Malah, pemilik Tesla di Malaysia juga akan diberikan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 sebagai usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan karbon rendah dan menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV).

Berdasarkan panduan tindak balas kecemasan yang dikeluarkan oleh Tesla untuk Model Y, pengeluarnya menyarankan pasukan keselamatan untuk memantau suhu bateri sekurang-kurangnya selama 24 jam dengan menggunakan kamera termal sekiranya berlaku kebakaran.

Siasatan juga hanya dibenarkan apabila suhu bateri sudah kembali normal.

Artikel Berkaitan: Tesla Model Y Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM199,000

Artikel Berkaitan: Tesla Buka Ibu Pejabat Di Selangor Tahun Ini – PM

Artikel Berkaitan: IGEM 2023: Teknologi Kenderaan Elektrik Di Malaysia Semakin Berkembang Pesat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd