Now Reading
20 Kali Ganda Bahaya Dari Covid-19, KKM Minta Rakyat Siap Sedia Hadapi Ancaman Penyakit X

20 Kali Ganda Bahaya Dari Covid-19, KKM Minta Rakyat Siap Sedia Hadapi Ancaman Penyakit X

Ancaman itu diberi nama penyakit X kerana masih belum dikenalpasti penyakit yang sebenar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

penyakit x

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada tahun 2020 yang lalu, seluruh dunia digemparkan dengan penyakit berjangkit melibatkan virus Covid-19 yang telah menyebabkan banyak kematian.

Menerusi maklumat terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan kemungkinan wujudnya ancaman penyakit X.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata amaran melibatkan ancaman penyakit X itu juga diberikan kepada negara-negara lain.

Walau bagaimanapun, nama penyakit itu yang dikenali sebagai ‘X’ adalah kerana ia masih belum dikenalpasti tentang penyakit sebenar.

Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Sumber: MalayMail

Meskipun perkara ini menjadi perhatian seluruh dunia, namun beliau memaklumkan ancaman tersebut tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York.

Namun di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Pakar Kesihatan Jangka Pandemik Seterusnya Lebih Bahaya Berbanding Covid-19

Memetik laporan Mirror, pakar kesihatan dunia menjangkakan bahawa pandemik seterusnya yang bakal melanda berkemungkinan 20 kali ganda berisiko daripada Covid-19 serta boleh mengakibatkan 50 juta kematian.

Oleh yang demikian, penyediaan vaksin dalam kadar segera perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga kerana dijangka penyakit X ini boleh berlaku tanpa dijangka.

Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, Pakar Virologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Zamberi Sekawi turut menganggap amaran daripada WHO itu perlu diambil serius bagi membendung penularan penyakit sebelum ia merebak.

Meskipun tiada sebarang kes dilaporkan setakat ini, namun pakar virologi tersebut berpendapat pandemik yang bakal berlaku pada masa akan datang tidak mustahil akan menjadi yang terburuk dalam sejarah manusia.

Sumber: Sinar Harian | Sinar Harian | Mirror


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd