Now Reading
Nahas Putrajaya: Pemandu Lori Tidak Mengaku Memandu Secara Berbahaya

Nahas Putrajaya: Pemandu Lori Tidak Mengaku Memandu Secara Berbahaya

Pemandu treler Muhammad Izzatul Shafik Mozahari berusia 29 tahun yang didakwa menyebabkan punca kemalangan di Putrajaya dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

putajaya kemalangan pemandu treler

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku di Putrajaya pada 20 September lalu telah mengakibatkan dua kematian serta tujuh lagi individu mengalami kecederaan.

Kemalangan di Putrajaya ini berlaku disyaki berpunca daripada pemandu treler yang gagal menekan brek dan menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan akhirnya merempuh beberapa buah kenderaan di bahagian kiri jalan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kesemua kenderaan yang terlibat sedang berhenti bagi memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTdL).


Pemandu Treler Tidak Mengakui Memandu Secara Berbahaya

Memetik sumber Astro Awani, pemandu treler yang disyaki terlibat dalam nahas kemalangan melibatkan 14 buah kenderaan itu walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan memandu secara berbahaya.

Sumber: Twitter

Tertuduh, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Pertuduhan terhadap pemandu treler berkenaan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyebabkan pesalah boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifah telah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, tertuduh meminta agar jumlah ikat jamin tersebut dikurangkan sebelum mahkamah membenarkan pengurangan sehingga RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis terdekat sekali pada setiap bulan.

Sebutan semula kes ini akan ditetapkan pada 25 Oktober depan.


Nahas Kemalangan Di Putrajaya Membabitkan 2 Mangsa Maut

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz sebelum ini mengesahkan bahawa nahas kemalangan itu membabitkan dua mangsa iaitu Faris Haziq Abu Bakar, 25, iaitu pekerja Pos Malaysia dan mangsa kedua bernama Yuswar Mohd Uyus, 39, yang merupakan pekerja di Mahkamah Ampang.

Sumber: Kosmo/ Berita Harian

Tambah beliau, identiti Faris telah dikenal pasti oleh bapanya manakala Yuswar oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya, kira-kira 5.30 petang pada hari sama.

Hasil ujian air kencing pemandu treler didapati negatif.

Artikel Berkaitan: 2 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kemalangan Putrajaya Disahkan Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang

Artikel Berkaitan: [Video] Lori Gagal Brek Disyaki Punca Konvoi Diiringi Polis Trafik Terlibat Kemalangan Di Putrajaya

Artikel Berkaitan: “Ke Mana Hala Tuju Selepas Ini” – Hantaran Mangsa Nahas Di Putrajaya Seolah Beri Petanda Bakal ‘Pergi’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd