Peperiksaan SPM 2023 Akan Diawalkan – Menteri Pendidikan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 bagi ujian amali sains.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pelajar Tingkatan Lima di negara ini pastinya akan berdebar-debar untuk melakukan persediaan menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba beberapa bulan lagi.
Namun peperiksaan SPM bagi calon-calon tahun 2023 akan mengalami sedikit perbezaan dari segi jadual mereka.
Memetik laporan Kosmo, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi menterinya Fadhlina Sidek berkata bahawa peperiksaan SPM 2023 akan dimulakan lebih awal iaitu pada bulan Disember.
Perkara ini dilakukan sejajar dengan langkah KPM secara beransur-ansur untuk mengembalikan semula sesi persekolahan yang bermula pada bulan Januari.
Peperiksaan SPM 2023 Dijangka Bermula Pada 5 Disember Ini
Fadhlina memaklumkan peperiksaan SPM pada tahun ini akan bermula pada 5 Disember 2023 dengan ujian amali sains dan diikuti dengan ujian bertutur pada 8 Januari 2024.
Bagi peperiksaan bertulis, ia dijadualkan pada 30 Januari 2024.

Jelas Fadhlina lagi, pihak KPM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan semasa pengumuman tersebut dibuat.
Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi. Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sebelum ini, jadual peperiksaan SPM bagi calon-calon pada tahun 2022 bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac 2023.
Sumber: Kosmo
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.