Now Reading
Kes Kematian Cacar Monyet (Monkeypox) Pertama Di Thailand Direkodkan

Kes Kematian Cacar Monyet (Monkeypox) Pertama Di Thailand Direkodkan

Pesakit cacar monyet itu didapati mempunyai ruam di seluruh badannya, selain jangkitan paru-paru dan otak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Isnin (14 Ogos 2023), Thailand telah melaporkan kematian pertama cacar monyet melibatkan seorang individu lelaki yang dijangkiti HIV dan sifilis.

Menurut Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit iaitu Dr Tares Krassanairawiwong lelaki berusia 34 tahun itu dimasukkan ke dalam hospital di Wilayah Chon Buri pada 11 Julai dan disahkan menghidap cacar monyet (monkeypox) seminggu kemudian.

Mengulas lanjut, individu berkenaan dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas berminggu-minggu menjalani rawatan, namun dimasukkan semula ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi pada 9 Ogos 2023 setelah mengalami kesukaran bernafas dan keletihan.

Doktor mendapati lelaki itu mempunyai ruam di seluruh badannya, selain jangkitan paru-paru dan otak. Beliau juga mengalami masalah kekurangan imun yang teruk. Pesakit menerima ubat di hospital, tetapi keadaannya semakin teruk. Beliau meninggal dunia pada 11 Ogos.

Menurut Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit iaitu Dr Tares Krassanairawiwong.

Dr Tares turut memaklumkan bahawa setakat ini terdapat 189 kes cacar monyet dilaporkan di Thailand, termasuk 28 warga asing. Tambahnya lagi, 82 orang daripada mereka dijangkiti HIV.


Cacar Monyet (Monkeypox)

Penularan wabak penyakit Cacar Monyet (Monkeypox) di seluruh dunia tidak dinafikan telah mengundang panik dalam kalangan masyarakat. Cacar Monyet ini merupakan wabak jangkitan virus yang berpunca daripada haiwan.

Untuk rekod, penyakit ini kali pertama dikenalpasti pada tahun 1970 di Congo, Afrika. Dan pada tahun 2022, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih daripada 3,400 kes Monkeypox (Cacar Monyet) dari lebih 50 buah negara dengan satu (1) kematian.

Daripada pemerhatian WHO, pihak mereka mendapati sebilangan besar kes Cacar Monyet berlaku di kalangan golongan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Penyebaran penyakit Monkeypox antara manusia berlaku melalui sentuhan langsung dengan luka di bahagian kulit, air liur, dan cecair dari tubuh yang tersebar melalui batuk dan bersin dan juga permukaan tercemar dengan virus Cacar Monyet.

Sumber: The Bangkok Post | ecentral.my


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd