Now Reading
Malaysia Catat 2 Kes Pertama Positif Cacar Monyet – KKM

Malaysia Catat 2 Kes Pertama Positif Cacar Monyet – KKM

Kes positif Cacar Monyet pertama di Malaysia adalah melibatkan seorang pekerja warga asing yang sudah menetap di negara ini sejak April 2022.

monkeypox

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahap kesihatan masyarakat kini menjadi perhatian selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat dua kes pertama melibatkan Cacar Monyet (mpox) di negara ini.

Kes Pertama Cacar Monyet Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menjelaskan bahawa kes positif cacar monyet pertama di Malaysia adalah melibatkan seorang pekerja warga asing yang sudah menetap di negara ini sejak April 2022.

Difahamkan, warga asing itu telah melakukan perjalanan pada 6 Julai ke negara yang mempunyai kes Cacar Monyet.

Pesakit berkenaan dilaporkan telah mula bergejala pada 19 Julai dan simptom lepuh mula muncul pada tubuh badannya pada 23 Julai.

Individu terbabit diarahkan menjalani isolasi sebelum dibebaskan pada 10 Ogos lalu selepas pulih sepenuhnya.

Dia disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes Cacar Monyet.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Kes Kedua Cacar Monyet Di Malaysia

Bagi kes kedua pula, individu warga tempatan tersebut merupakan kontak rapat dengan pesakit kes pertama.

Pesakit mengalami gejala semasa dalam kuarantin pada 27 Julai kerana merupakan kontak dan disahkan positif pada 29 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Buat masa ini, pesakit kedua itu masih dalam tempoh isolasi dan dalam keadaan sihat.

Susulan itu, semua pengembara yang tiba dari negara yang mempunyai kes mpox dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuklah gejala jangkitan mpox bagi tempoh 21 hari dari hari ketibaan di Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Cacar Monyet

Cacar Monyet atau mpox adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus mpox dan boleh berjangkit menerusi sentuhan rapat dengan pesakit mpox.

Tempoh inkubasi sebelum seseorang menunjukkan gejala mpox adalah antara 5 hingga 21 hari dari hari mereka terdedah kepada jangkitan.

Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.

Lazimnya, kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

Gejala Cacar Monyet

Antara gejala yang boleh berlaku jika seseorang terdedah dengan Cacar Monyet adalah seperti berikut:

  • Demam
  • Ruam
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Kurang bertenaga
  • Noda limfa bengkak
Sumber: Freepik

Untuk rekod, penyakit ini kali pertama dikenalpasti pada tahun 1970 di Congo, Afrika. Dan pada tahun 2022, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih daripada 3,400 kes Cacar Monyet dari lebih 50 buah negara dengan satu (1) kematian.

Daripada pemerhatian WHO, pihak mereka mendapati sebilangan besar kes Cacar Monyet berlaku di kalangan golongan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Penyebaran penyakit Monkeypox antara manusia berlaku melalui sentuhan langsung dengan luka di bahagian kulit, air liur, dan cecair dari tubuh yang tersebar melalui batuk dan bersin dan juga permukaan tercemar dengan virus Cacar Monyet.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Homage | World Health Organization


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd