Now Reading
PRN2023: Pengundian Di Paya Terubong Ditangguh Selepas Peti Undi Didakwa Tidak Berkunci

PRN2023: Pengundian Di Paya Terubong Ditangguh Selepas Peti Undi Didakwa Tidak Berkunci

Calon Perikatan Nasional Ooi Ghee Oon meyedari bahawa salah satu peti undi di SK Seri Relau tidak dikunci semasa proses pengundian PRN2023 sedang berlangsung.

kotak undi paya terubong

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (12 Ogos), penduduk di enam buah negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan dilihat mula keluar seawal jam 8:00 pagi untuk menjalankan tanggungjawab mereka membuang undi.

Terbaharu, sebuah saluran pengundian bagi Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) di Paya Terubong, Pulau Pinang dilaporkan terpaksa digantung selepas sebuah peti undi didapati tidak dikunci.

Sumber: Sin Chew Daily

Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 177 kertas undi telah dimasukkan ke dalam kotak undi berkenaan ketika perkara itu mula disedari oleh calon Perikatan Nasional Ooi Ghee Oon di SK Seri Relau.

Memetik laporan The Star, Ooi dikatakan tidak menganggap mana-mana undi yang berada di dalam kotak tersebut sebagai undi yang sah.

Sumber: Sin Chew Daily

Susulan itu, calon terbabit meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pengundian bagi saluran tersebut yang mempunyai 791 pengundi.

Buat masa ini, Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya sedang menyiasat perkara berkenaan dan belum mengetahui sama ada 177 kertas undi itu akan dibatalkan atau tidak.


Proses Pengundian Diteruskan Semula

Sekitar jam 1:26 tengah hari tadi, calon Pakatan Harapan (PH) di Paya Terubong iaitu Wong Hon Wai memberitahu bahawa saluran pengundian yang ditangguhkan buat sementara waktu telah diteruskan semula.

Sumber: The Star


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd