Now Reading
[Video] Tular Kes Budak 4 Tahun Didera Pengasuh Taska. Siap Kena Pukul, Tampar & Tarik Rambut Ketika Makan

[Video] Tular Kes Budak 4 Tahun Didera Pengasuh Taska. Siap Kena Pukul, Tampar & Tarik Rambut Ketika Makan

Bapa kanak-kanak tersebut mendakwa anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera di taska berkenaan bermula bulan Mac lalu namun tiada jawapan diberikan oleh pihak taska tentang kecederaan pada badan mangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penderaan kanak-kanak kini sering berleluasa dilaporkan. Topik ini juga menjadi perbualan hangat di media sosial pada ketika ini sehingga membuatkan ibu bapa bekerja di luar sana berasa skeptikal untuk menghantar anak-anak mereka ke taska.

Tak kisah di negeri mana, pasti ada sahaja berlakunya kes seperti ini. Malah, pernah juga dilaporkan kes penderaan tersebut telah menyebabkan kematian kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Apalah salah si kecil ini sehingga diperlukan sebegitu rupa.

Baca Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Dera Anak Kekasih Umur Setahun 11 Bulan Ditahan Polis, Miliki 13 Rekod Jenayah

Baca Artikel Berkaitan: Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah


Rakaman CCTV ‘Kantoikan’ Pengasuh Taska Dera Budak 4 Tahun Ketika Mangsa Sedang Jamu Selera

Terbaharu, satu kes dilaporkan di Kota Kinabalu, Sabah, melibatkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah ditendang, ditampar, dan ditarik rambut oleh seorang wanita. Pelaku merupakan seorang pengasuh di taska berkenaan iaitu di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak di Jalan Kampung Senorok Nosoob, Penampang.

Apa yang menyedihkan, menerusi klip CCTV tersebut jelas menunjukkan kanak-kanak tersebut diperlakukan seperti binatang apabila dia sedang ingin menjamu selera. Mangsa dilihat ditampar dan dipukul berkali-kali menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala.

Malah, bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut menjelaskan bahawa dia tidak sanggup untuk menonton rakan video tersebut ketika anak kesayangannya sedang didera.

Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian. Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali.

Bapa mangsa menjelaskan perasaannya dengan nada sebak.

2 Kali Jadi Mangsa Dera Di Taska Sejak Mac.

Menurut laporan Harian Metro, bapa kanak-kanak tersebut mendakwa anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera di taska berkenaan bermula bulan Mac lalu. Kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kes lebam di bahagian tangan anaknya selepas diambil daripada taska.

Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya. Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska. Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit.

Bapa mangsa.

Walau bagaimanapun, pada 8 Ogos, sejurus menjemput anaknya di taska berkenaan, isterinya mengusap ubun-ubun anaknya dan terkejut apabila melihat ada kesan luka pada bahagian kepala.

Apabila bertanya kepada pihak taska, mereka tidak memberikan jawapan tentang kesan luka itu dan meminta untuk memeriksa CCTV di taska berkenaan sebelum melihat rakaman di mana anaknya telah didera.

Bapa kanak-kanak tersebut selepas itu membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya manakala anaknya kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami.


Pengasuh & Pengusaha Taska Dakwa Dikasari Bapa Mangsa

Hari ini (10 Ogos 2023), Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menjelaskan bahawa pihak mereka telah menerima tiga (3) laporan polis tentang kejadian berkenaan.

Laporan polis tersebut adalah dari ibu mangsa, pengusaha taska, dan pengasuh taska (suspek) yang telah mendakwa dikasari oleh bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Dan setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd