Now Reading
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Wajib Lagi Di Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Mulai 5 Julai Ini

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Wajib Lagi Di Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Mulai 5 Julai Ini

Kelonggaran pemakaian pelitup muka di hospital dan pengangkutan awam dibenarkan selepas status Covid-19 yang dianggap bukan lagi sebagai kecemasan antarabangsa.

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Wajib Lagi Di Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Mulai 5 Julai Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pemakaian pelitup muka ketika zaman pandemik Covid-19 diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia bagi membendung penularan wabak tersebut.

Namun pada September tahun lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan tiada lagi saman akan dikeluarkan kepada mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan khalayak ramai.

Walau bagaimanapun, pada ketika itu arahan untuk memakai pelitup muka di kawasan hospital dan dalam pengangkutan awam masih diwajibkan.

BACA JUGA: No More Mask Fines, KKM To Stop Issuing Summons For Not Wearing A Mask In Public


Kelonggaran Untuk Tidak Pakai Pelitup Muka Di Hospital Dan Dalam Pengangkutan Awam Bermula 5 Julai 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa semalam (29 Jun) memaklumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan termasuklah di hospital mulai 5 Julai ini.

Beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook (Dr Zaliha Mustafa) menjelaskan individu yang didapati positif wabak Covid-19 dan akan berinteraksi dengan para pesakit di hospital dikehendaki untuk memakai pelitup muka.

Sumber: MalayMail

Namun begitu, pemakaian pelitup muka amat digalakkan di kawasan sesak serta pengudaraan kurang baik bagi individu bergejala respiratori dan berisiko tinggi seperti:

  • Warga emas
  • Individu berpenyakit kronik
  • Individu dengan imuniti rendah
  • Wanita hamil

Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dalam pada itu, Dr Zaliha turut menjelaskan tentang prosedur operasi standard (SOP) bagi pengasingan kes yang disahkan positif Covid-19.

Perkara ini dilakukan susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu tentang status Covid-19 yang bukan lagi dianggap sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC).

Beliau memaklumkan tempoh pengasingan kes Covid-19 juga dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari hari pertama bermulanya gejala.

Memetik sumber laporan Berita Harian, beliau memaklumkan kes terbaharu Covid-19 di Malaysia juga telah menurun sehingga 53.5% dan kadar kematian juga menunjukkan penurunan sebanyak 35.3% sejak lima minggu kebelakangan ini.

BACA JUGA: JAWI Umum Face Mask Tak Wajib Pakai Di Masjid & Surau Mulai 30 September

BACA JUGA: Malaysia Drops Mask-Wearing Rule On Flights


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd