Now Reading
“Makan Banyak & Bayar Murah” – Pelajar UiTM Kota Kinabalu Luah Menu Siswa Rahmah Bantu Ringankan Beban

“Makan Banyak & Bayar Murah” – Pelajar UiTM Kota Kinabalu Luah Menu Siswa Rahmah Bantu Ringankan Beban

Lebih kurang 20,000 pelajar B40 di universiti awam seluruh Sabah telah mendapat manfaat daripada Menu Siswa Rahmah melalui akses kepada makanan yang dijual dengan harga antara RM3.50 hingga RM5.

menu rahmah uitm kota kinabalu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada hujung Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan Program Menu Rahmah yang melibatkan lebih 15,000 restoran seluruh Malaysia.

BACA JUGA: We Checked Out ‘Menu Rahmah’, Government’s Latest Initiative To Help With Rising Cost Of Living

Menu Rahmah diperkenalkan sebagai menu makan tengah hari atau makan malam yang berharga RM5 dan diwujudkan untuk membantu golongan B40 (kurang berkemampuan) untuk membeli serta menikmati makanan di restoran dengan harga berpatutan.

Menu Rahmah yang bermula dengan hidangan nasi berserta lauk ayam/ikan serta sayuran kemudiannya semakin bertambah dengan penyertaaan restoran makanan segera seperti Burger King, McDonald’s dan banyak lagi.

BACA JUGA: McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!

BACA JUGA: Burger King Joins The RM5 Menu Rahmah

Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Sumber: Harian Metro

Pelajar UiTM Kota Kinabalu Beri Ulasan Tentang Menu Siswa, Ujar Mampu ‘Saving’ RM200 Sebulan

Pelajar universiti awam yang mempunyai akses kepada Menu Siswa Rahmah yang digerakkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini meluahkan bahawa mereka mampu untuk berjimat sehingga RM200 sebulan.

Jumlah tersebut bagi mereka adalah besar untuk mana-mana pelajar, terutamanya buat mereka yang berada dalam golongan B40.

Menurut pelajar di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, skim ini tidak hanya mengurangkan kos makanan harian mereka, tetapi juga memberi mereka menu yang lebih banyak dan peluang untuk berbelanja keperluan harian lain.

Menu Rahmah ini benar-benar membantu kami. Dalam sebulan yang lepas sejak kami mula membeli Menu Rahmah ini, kami telah dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan menjimatkan wang.

Andrew Jidin, seorang pelajar pengurusan perniagaan di UiTM Kota Kinabalu.
Andrew Jidin.
(Sumber: Julia Chan/Malay Mail)

Andrew menjelaskan bahawa sebelum ini dia pernah membayar lebih daripada RM6 untuk sepinggan nasi dengan lauk ayam atau ikan serta menuman. Namun, dengan wujudnya Menu Rahmah ini, dia hanya perlu mengeluarkan RM5 atau kurang untuk menikmati hidangan yang serupa.

Kami boleh makan lebih banyak dengan kos yang lebih rendah. Ia sangat membanggakan dan menjadikan waktu makan bersama rakan-rakan lebih menyeronokkan. Yang paling penting, kami boleh menjimatkan wang untuk perkara lain. Bagi saya, ia membolehkan saya untuk meluangkan masa dengan hobi saya iaitu bermain badminton

Andrew Jidin, seorang pelajar pengurusan perniagaan di UiTM Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Andrew yang merupakan anak bongsu yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah menjelaskan bahawa elaun bulanannya berjumlah RM600 sudah membebankan keluarga di kampung.

Oleh disebabkan itu, jelasnya apa-apa inisiatif yang boleh menjimatkan adalah sangat membantu dirinya serta keluarga.

Saya biasa menghabiskan sekitar RM450 untuk makanan, tetapi baru-baru ini saya hanya perlu mengeluarkan sekitar RM290. Ia adalah satu perbezaan yang besar.

Andrew Jidin, seorang pelajar pengurusan perniagaan di UiTM Kota Kinabalu.

Makan Menu Sama, Tetapi Bayar Rendah

Seorang pelajar perbankan, Nurul Shazza Rima, 20, turut menjelaskan bahawa inisiatif ini telah memberikan peluang untuk dirinya berjimat sehingga RM200 pada bulan lepas.

Saya hanya mendapat elaun RM300 sebulan, jadi Menu Rahmah benar-benar membantu saya. Saya makan makanan yang sama, tetapi dengan kos yang lebih rendah. Sebagai pelajar, semua yang kami fikirkan adalah cara untuk menjimatkan wang, jadi inisiatif ini sangat baik.

Nurul Shazza Rima, seorang pelajar perbankan di UiTM Kota Kinabalu.
Nurul Shazza Rima.
(Sumber: Julia Chan/Malay Mail)

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal hadir melawati UiTM KK, mengatakan bahawa kerajaan sangat gembira melihat pelajar mendapat manfaat daripada program ini.

Inisiatif ini dan sebarang usaha untuk meringankan beban pelajar B40 akan diteruskan selagi diperlukan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Beliau juga memuji UiTM KK di atas usaha mereka dalam menubuhkan dapur hal ehwal pelajar (Dapur HEP), yang merupakan program yang ditaja secara persendirian menawarkan nasi percuma dua kali sehari untuk subsidi makanan pelajar.

Untuk rekod, Dapur HEP adalah penyempurnaan kepada Menu Siswa Rahmah dalam menurunkan kos makanan pelajar serta memastikan mereka mempunyai akses yang konsisten kepada makanan berkhasiat dan berpatutan.

Beras telah diperolehi menerusi dana yang dijana oleh alumni, kerajaan, syarikat swasta, dan kakitangan UiTM sendiri. Sejak tahun lalu, Dapur HEP telah menerima sebanyak 4,000 beg beras antara 5 dan 10kg.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.
(Sumber: Julia Chan/Malay Mail)

Pelajar di kampus UiTM Kota Kinabalu diberikan hidangan nasi secara percuma manakala hidangan lain berharga RM2.50. Kami berharap bahawa inisiatif ini juga dapat diwujudkan di universiti-universiti awam lain.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Ketika lawatannya pada 15 April lalu, Mohammad Yusof juga memberikan sumbangan sebanyak 1,000kg beras kepada Dapur HEP.

Beliau dalam masa yang sama turut meluahkan keterujaan terhadap pihak UiTM kerana sentiasa menjaga kebajikan pelajar.


Manfaat Yang Diterima Oleh Pelajar B40 Daripada Menu Siswa Rahmah

Lebih kurang 20,000 pelajar B40 di universiti awam seluruh Sabah telah mendapat manfaat daripada Menu Siswa Rahmah melalui akses kepada makanan yang dijual dengan harga antara RM3.50 hingga RM5.

Seramai 3,779 pelajar berada di kampus UiTM Kota Kinabalu manakala 161 pelajar berasal dari kampus Tawau. Sebanyak 11,968 pelajar lagi adalah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 3,713 lagi daripada Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Sandakan.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan tidak mengenakan bayaran sewa kepada para peniaga, di mana menyebabkan kos overhead mereka dapat diturunkan dan secara tidak langsung memberikan manfaat buat para pelajar.

Inisiatif ini juga dilaksanakan di 20 universiti awam, 24 politeknik dan 8 kolej komuniti dengan melibatkan 236 peniaga untuk memperkenalkan Menu Rahmah di universiti dan 98 peniaga di institusi-institusi yang lain.

BACA JUGA: Here Are 10 F&B Brands With New Menu Rahmah Items So You Can Feed Yourself At The End Of The Month

BACA JUGA: “2 Kali Saya Tengok Harga” – Pelanggan Beri Maklum Balas Tentang Menu Rahmah

Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini telah memberi jaminan bahawa inisiatif ini bukan satu usaha tunggal (one-off), serta kerjasama antara kementerian dan pihak-pihak berkepentingan di seluruh negara akan diperluaskan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd