KPKT Beri Internet Percuma 9 Bulan Kepada 1,488 Penduduk PPR Di Bagan Jaya, Pulau Pinang
Kemudahan Internet untuk penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya di Pulau Pinang merupakan inisiatif dari Program Jendela@PPR.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Akses Internet percuma sangat penting untuk komuniti yang kurang bernasib baik kerana dengan adanya kemudahan ini, ia dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat.
Pelbagai perkara boleh dilakukan menggunakan kemudahan Internet. Contohnya mendapatkan sumber pendapatan secara atas talian, bahan pembelajaran, mencari peluang pekerjaan dan sebagainya.
Boleh dikatakan, sekarang ini semuanya berada di hujung jari sahaja.
Penduduk PPR Terima Bantuan Internet Percuma Selama 9 Bulan
Memetik laporan Astro Awani, seramai 1,488 penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang akan diberikan kemudahan akses Internet secara percuma selama sembilan bulan.

Kemudahan Internet jalur lebar secara Direct Internet Access (DIA) ke setiap rumah di 30 buah PPR bakal bermula pada bulan ini melalui inisiatif Jendela@PPR yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada 2022.
Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, kemudahan jalur lebar bagi penghuni PPR merupakan salah satu perkara yang difokuskan oleh kementerian dalam menyediakan perumahan yang lebih berdaya saing.
Program Jendela@PPR yang menelan kos sebanyak RM22 juta ini juga merupakan inisiatif bagi menyokong aspirasi kerajaan yang ingin membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, serta berpaksikan pendigitalan melalui MyDigital dan Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).

Program Jendela@PPR itu melibatkan 30 projek rintis PPR di seluruh negara meliputi 13,218 unit rumah dan memberi manfaat kepada 53,000 isi rumah kumpulan B40. Ia melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik, router dan modem serta perkhidmatan Internet berkapasiti 30Mbps di setiap unit rumah
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.
Pelaksanaan kerja-kerja Program Jendela@PPR di PPR Taman Bagan Jaya melibatkan 382 unit rumah dijangka akan siap 100% menjelang Mac tahun ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.