Now Reading
Bekas Pemandu e-hailing Belajar Buat Dadah Menerusi YouTube Akhirnya Dicekup Polis

Bekas Pemandu e-hailing Belajar Buat Dadah Menerusi YouTube Akhirnya Dicekup Polis

Pihak polis menjelaskan serbuan mendapati premis tersebut dijadikan sebagai makmal memproses dadah sejak setahun yang lalu.

proses dadah youtube

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, laman YouTube sememangnya medium untuk mempelajari ataupun menambah ilmu dengan mudah. Dan paling disukai ramai, anda juga bebas untuk menimba ilmu, ataupun mendapatkan apa-apa informasi mahupun video terkini hanya dengan duduk di rumah sahaja.

Manakan tidak, kebiasaannya kalau nak belajar apa-apa atau pergi ke kelas, mesti anda harus keluar dari rumah, kan? Kalau belajar menerusi YouTube, duduk di rumah atau di mana-mana pun sudah memadai.

Asalkan ada jaringan internet yang kukuh.


Bekas Pemandu e-hailing Belajar Buat Dadah Menerusi YouTube

Walau bagaimanapun, perkara itu telah disalahgunakan oleh seorang bekas pemandu e-hailing yang dilapor menjalankan kegiatan memproses dadah di sebuah kilang di Seri Kembangan, Serdang dan didapati mempelajari kaedah untuk memproses dadah menerusi YouTube.

Kegiatan itu malangnya dihidu oleh pihak berkuasa dan terbongkar dalam serbuan polis pada Jumaat, 27 Januari 2023.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan menjelaskan operasi kira-kira jam 7 petang oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan.

Anbalagan menambah bahawa serbuan mendapati premis tersebut dijadikan sebagai makmal memproses dadah sejak setahun yang lalu.

Polis merampas 123 kilogram (kg) serbuk dadah MDMA selain satu peket disyaki berisi dadah syabu (504 gram), 18 botol berisi serbuk dadah (301.87 gram), 21 pil ekstasi dan daun kering disyaki ganja seberat 13.8 gram. Nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai RM6.38 juta dan ia dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan menerusi Sinar Harian.

Mesin Dan Peralatan Proses Dadah Telah Dirampas Pihak Polis

Ketika serbuan, pihak polis telah merampas tiga mesin dan juga beberapa peralatan yang digunakan untuk memproses dadah. Hasil siasatan terhadap suspek yang berusia 44 tahun itu mendapati dia telah mempelajari kaedah memproses dadah serta menghasilkan ekstasi daripada serbuk MDMA menerusi platform YouTube.

Dipercayai setiap 10kg serbuk yang diproses mampu menghasilkan 50,000 biji pil dadah dengan hasil mencecah RM15,000 dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan menerusi Sinar Harian.

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan dan polis percaya rakan suspek yang terlibat masih bebas.

Dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Nissan NV200 serta wang tunai RM10,000 telah disita untuk tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan menerusi Sinar Harian.

Suspek direman tujuh (7) hari sehingga 3 Februari untuk tindakan di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA JUGA: Kanak-kanak 4 Tahun Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Bapa Saudara

BACA JUGA: Kemalangan 5 Kereta: Pemandu Myvi Positif Dadah & Kini Ditahan Reman

BACA JUGA: Warga Emas 80 Tahun Dipenjara 10 Tahun Gara-gara Miliki Dadah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd