Now Reading
Kemalangan 5 Kereta: Pemandu Myvi Positif Dadah & Kini Ditahan Reman

Kemalangan 5 Kereta: Pemandu Myvi Positif Dadah & Kini Ditahan Reman

Kemalangan melibatkan lima buah kereta berpunca daripada pemandu Myvi yang positif dadah serta hilang kawalan di jalan raya.

pemandu myvi positif dadah punca kemalangan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka. Kadang-kadang kita dah pandu secara berhemah tetapi tetap juga berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan kecuaian pemandu lain.

Baru-baru ini, lima kemalangan jalan raya berlaku secara serentak di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas seorang pemandu Myvi hilang kawalan dipercayai akibat positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku pada jam 10.40 pagi itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Seremban menuju ke Selatan.

Siasatan mendapati bahawa kereta Myvi tersebut telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 44 tahun.

Video kemalangan itu juga telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna Twitter (anthraxxxx781). Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 173,400 jumlah tontonan.

Pelanggaran tersebut telah menyebabkan Toyota Avanza itu juga hilang kawalan dan melanggar dua lagi kenderaan dipandu wanita 40 tahun dan Proton Persona yang dibawa oleh lelaki dalam linkungan 30-an.

Pelanggaran melibatkan Toyota Avanza dengan dua buah kereta itu telah menyebabkan tayar belakang bahagian kirinya tercampak masuk ke laluan arah bertentangan dan menimpa sebuah lagi kereta Myvi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof.

Pemandu Myvi disahkan positif dadah

Siasatan awal mendapati pemandu Myvi yang didapati positif dadah melalui saringan ujian air kencing itu merupakan seorang penganggur dari Bandar Baru Bangi.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 28 tahun itu positif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula 6 Jun sehingga 9 Jun.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Video pemandu ditahan tular di media sosial

Kejadian kemalangan itu turut mendapat perhatian di media sosial selepas tular video sekumpulan lelaki bermotosikal merakam keadaan pemandu Myvi tersebut yang dilihat kurang waras selepas menemui perkakas dipercayai untuk menghisap dadah dalam kereta.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan mengucap kalimah syahadah.

Melihat keadaan lelaki tersebut, ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terlarang berkenaan.

Namun, seorang pengguna Twitter (Iamkanahraf) pula tidak menyokong orang ramai yang mengecam penggunaan ganja oleh suspek kerana katanya penggunaan untuk tujuan perubatan tidak akan membuatkan seseorang itu khayal.


Sebelum ini, penyanyi dan komposer nasyid iaitu Yasin Sulaiman juga telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja dipercayai untuk tujuan perubatan.

BACA JUGA: Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah

Namun, sehingga kini kerajaan Malaysia masih belum membenarkan penggunaan ganja untuk dijadikan sebagai ‘ubat’ buat sebarang penyakit.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd