Now Reading
Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi!

Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi!

Penurunan harga minyak masal botol ini akan berkuat kuasa bermula 8 November hingga 7 Disember 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (2 November), pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan telah memaklumkan penurunan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) menurun sebanyak 60 sen kepada RM30.90.

Jika sebelum ini, minyak masak tersebut dijual pada harga RM31.50.

Penurunan ini berkuat kuasa 8 November hingga 7 Disember 2022.

Menerusi kenyataan yang sama, harga baharu ini ditetapkan setelah kerajaan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit botol yang dilaksanakan sejak 8 Ogos lalu.

Kawalan harga berkenaan adalah mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

Sumber: Malay Mail

KPDNHEP dalam masa yang sama menegaskan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti. Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda sehingga RM500,000 bagi syarikat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kenyataan berkenaan turut menggesa pengguna untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan bagi menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran.


Maklumat atau aduan rasmi boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDNHEP atau menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/6245.

BACA JUGA: Ada Minyak Masak Terpakai Di Rumah? Jom Hantar Ke 7 Lokasi Kitar Semula Ini

BACA JUGA: Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula

BACA JUGA: Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd