Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula
Disebabkan tiada lagi subsidi untuk minyak masak dalam botol, rasanya kita kena mula berjimat menggunakan barangan ini dari sekarang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan tiada lagi subsidi minyak masak sawit tulen di dalam botol dua, tiga dan lima kilogram mulai 1 Julai.
Pemansuhan subsidi barangan ini yang mencecah RM20 juta sebulan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan bekalan bahan makanan di dalam pasaran lebih stabil untuk tempoh jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram pada harga RM2.50 sepeket masih diteruskan.
BACA JUGA: Kawalan Harga Siling Ayam & Telur, Subsidi Minyak Masak Botol Dimansuhkan 1 Julai
Cara untuk jimat penggunaan minyak masak
Harga minyak masak botol seberat lima kilogram dari pelbagai jenama dijual antara RM28.60 hingga RM43.50 di pasaran.
Disebabkan tiada lagi subsidi untuk minyak masak dalam botol, rasanya kita kena mula berjimat menggunakan barangan ini dari sekarang.

Sebenarnya, penggunaan minyak masak berulang kali adalah tidak digalakkan tetapi ada cara yang boleh diamalkan supaya minyak masak boleh disimpan dan tahan lama.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyimpan minyak masak dalam keadaan yang sesuai adalah seperti berikut:
- Elakkan minyak masak yang terlalu panas dibiarkan tanpa ada bahan untuk digoreng.
- Pastikan suhu minyak masak digunakan dalam kadar yang sesuai iaitu sekitar 180 sehingga 190 darjah celcius dengan api sederhana.
- Terus padamkan api selepas habis menggoreng.
- Guna penapis untuk menapis keledak yang terhasil ketika menggoreng.
- Guna bekas kedap udara untuk menyimpan minyak masak yang telah digunakan di dalam peti sejuk beku.
Tanda-tanda minyak masak sudah tidak elok digunakan

Dalam kita ingin berjimat-cermat menggunakan minyak masak, jangan lupa untuk memantau tahap kualitinya terlebih dahulu sebelum digunakan semula.
Ada enam garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi memastikan sama ada minyak masak anda masih boleh digunakan atau tidak.
Tanda-tanda anda sudah perlu menggantikan minyak masak adalah seperti berikut:
- Warna minyak masak bertukar perang pekat.
- Minyak masak menjadi lebih likat.
- Berbau tengik.
- Banyak asap terhasil ketika minyak masak dipanaskan.
- Warna makanan yang digoreng terlalu perang dan tidak menarik.
- Rasa makanan yang digoreng tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

Dah tahu cara yang betul untuk simpan minyak masak kan? Apa lagi, bolehlah mula beli bekas kedap udara banyak-banyak untuk simpan minyak masak yang digoreng selepas ini.
BACA JUGA: Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.