Now Reading
Bubar Parlimen: Ismail Sabri Masih Tadbir Malaysia Sebagai Kerajaan Sementara

Bubar Parlimen: Ismail Sabri Masih Tadbir Malaysia Sebagai Kerajaan Sementara

Selepas pembubaran Parlimen, Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan sementara atau ‘caretaker’ dengan Kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Isnin (10 Oktober) lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen secara sah menerusi perutusan khas yang disiarkan di beberapa stesen televisyen tempatan.

Keputusan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan sebelum penghujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, tarikh penamaan calon serta pengundian akan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

BACA JUGA: Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

Menteri Kabinet Masih Berfungsi Seperti Biasa Dalam Kerajaan Sementara

Memetik laporan Sinar Harian, Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan sementara atau ‘caretaker’ dengan Kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Parlimen dibubarkan semalam (10 Oktober).

Menurut Ketua Setiauasaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa tetapi mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar atau polisi baharu.

Ketua Setiauasaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. (Sumber: Malay Mail)

Beliau turut menjelaskan bahawa kini hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan dan Jemaah Menteri masih lagi boleh untuk bermesyuarat terutamanya ketika berhadapan dengan isu bencana dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri masih boleh menasihati Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang pentadbiran negara. Kabinet juga boleh meneruskan pelaksaan dasar dan keputusan yang telah dibuat sebelum pembubaran Parlimen.

Ketua Setiauasaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka akan diadakan selewat-lewatnya sebelum 9 Disember 2022 iaitu tempoh kurang dua bulan dari tarikh 10 Oktober selepas Parlimen dibubarkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd