Now Reading
Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen dan mengesahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal diadakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi perutusan khas dengan mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun Bajet 2023 masih belum diluluskan di Dewan Rakyat.

Ucapan itu dibuat menerusi siaran langsung di beberapa stesen televisyen tempatan pada jam 3:00 petang hari ini (10 Oktober).

Selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam (9 Oktober), permintaan beliau telah diperkenankan.

Walau bagaimanapun, tarikh penamaan calon serta pengundian akan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Bajet 2023

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, mengumumkan peruntukan RM372.3 bilion, peningkatan RM40.2 bilion berbanding tahun sebelumnya, menjadikannya bajet terbesar setakat ini dalam sejarah.

Disebabkan oleh masa pembubaran, Bajet 2023 akan menjadi belanjawan kedua yang dibentangkan oleh kerajaan Malaysia yang hanya akan diundi oleh Ahli Parlimen selepas pilihan raya umum diadakan.

Begitu juga dengan Bajet 2000 juga telah diluluskan selepas Pilihan Raya Umum 1999 diadakan.

Bajet itu dibentangkan pada 29 Oktober 1999 tetapi Parlimen dibubarkan pada 11 November, manakala pilihan raya diadakan pada 29 November tahun yang sama. Bajet 2000 hanya dibentangkan semula pada 25 Februari 2000.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd