Now Reading
Wanita 23 Tahun Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-belah Suria KLCC

Wanita 23 Tahun Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-belah Suria KLCC

Pihak Suria KLCC Sdn Bhd dukacita memaklumkan seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli-belah Suria KLCC.

Wanita 23 Tahun Maut Jatuh Dati Tingkat 4 Suria KLCC

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat beli-belah Suria KLCC malam semalam (1 Ogos).

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya memaklumkan kejadian yang berlaku pada jam 9.38 malam itu melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 23 tahun.

Hasil siasatan awal kami menerusi semakan kamera CCTV mendapati wanita tersebut berjalan seorang diri di aras empat sebelum kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya.

Dalam pada itu, pihak Suria KLCC Sdn Bhd turut mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan kejadian berkenaan.

Pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan satu kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam Suria KLCC pada malam semalam (1 Ogos) selepas seorang individu terjatuh dari tingkat atas. Dukacita dimaklumkan individu tersebut telah meninggal dunia.

Suria KLCC Sdn Bhd.

Siasatan berhubung kejadian kini sedang dijalankan.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd