Now Reading
Presiden Sri Lanka Letak Jawatan Lepas Tiba Di Singapura

Presiden Sri Lanka Letak Jawatan Lepas Tiba Di Singapura

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Parlimen menerusi e-mel.

presiden sri lanka letak jawatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Sri Lanka kini dilanda kemelut ekonomi yang sangat teruk sehingga mengakibatkan negara mereka menjadi muflis.

Menurut laporan Kosmo, bekalan bahan api seperti petrol dan gas memasak juga dijual secara terhad kepada penduduk tempatan selepas beberapa bantahan anti kerajaan menyebabkan keadaan huru-hara.

Corak pemerintahan kerajaan Sri Lanka dalam menangani masalah krisis ekonomi yang melanda menyebabkan protes besar-besaran di negara berkenaan.

Sebelum ini, kumpulan penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa dan menjumpai wang tunai berjumlah  17.85 juta rupee (RM221,350) serta sebuah beg penuh dokumen.

BACA JUGA: Umum Negara Dah Muflis, Rakyat Sri Lanka Terkejut Jumpa 17.85 Juta Rupee Dalam Istana Presiden [Video]

Gotabaya Rajapaksa letak jawatan melalui e-mel

Sumber: Embassy of Sri Lanka in France

Pergolakan yang berlaku di Sri Lanka membuatkan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Singapura sebelum meletak jawatan.

BBC News melaporkan surat peletakan jawatan tersebut dihantar semalam (14 Julai) kepada Speaker Parlimen Mahinda Yapa Abeywardena melalui e-mel dan pegawai tertinggi akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara berkenaan pada hari ini (15 Julai).

Beliau dipercayai berbuat sedemikian bagi mengelakkan diri daripada bekemungkinan ditangkap oleh kerajaan pentadbiran baharu selepas ini.

Speaker Parlimen juga dijangka akan mengadakan mesyuarat khas bersama pemimpin parti untuk merancang pelan seterusnya bagi memerintah negara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd