Now Reading
Ini Surat Letak Jawatan Terbaik Pernah Saya Lihat – Rafizi Ramli

Ini Surat Letak Jawatan Terbaik Pernah Saya Lihat – Rafizi Ramli

Rafizi memuji bekas pekerjanya yang suka merendah diri walaupun dia sebenarnya seorang yang sangat cerdik dan kacak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sudah lama berkhidmat di sesebuah syarikat, akan tiba masanya untuk ‘lompat’ ke tempat kerja baharu.

Ada yang nak tukar tempat kerja sebab nak dapat gaji yang lebih tinggi, ada juga katanya tak tahan dengan persekitaran pejabat.

Mungkin ada segelintir persekitaran tempat kerja yang toksik dan menyerabutkan pekerja.

Sebelum nak berhenti kerja, anda perlu melalui proses peletakan jawatan terlebih dahulu.

Kebiasaannya proses ini tidak dipandang serius sehinggakan ada yang copy paste sahaja template di Google untuk menghantar surat letak jawatan.

Sampai macam tu sekali ya.

Ada segelintir yang sebenarnya tak tahu bahawa adab berhenti kerja juga penting.

Kredit: MrEjoy

Baru-baru ini, pengasas INVOKE Malaysia iaitu Rafizi Ramli yang merupakan bekas ahli Parlimen Pandan berkongsi tips peletakan jawatan dengan baik.

Perkongsian di Twitter itu dibuat selepas salah seorang pekerjanya menghantar surat peletakan jawatan yang dianggap surat terbaik yang pernah dilihat.

Tweet tersebut telah berjaya meraih 1,336 retweets ketika artikel ini ditulis.

Rafizi juga dilihat memuji pekerjanya dikenali sebagai Syed Omar Sharif yang suka merendah diri walaupun dia sebenarnya seorang yang sangat cerdik dan boleh tahan kacak juga orangnya.

Kredit: Twitter @rafiziramli
Kredit: Twitter @rafiziramli
Kredit: Twitter @MutalibMazlan

Kongsi tips letak jawatan. Jom baca!

Rafizi turut berkongsi tips untuk sesiapa yang merancang untuk berhenti kerja dalam masa terdekat.

Antara tips yang dikongsi adalah seperti berikut:

Tulis sendiri surat perletakan jawatan yang akan dihantar kepada majikan. Elakkan daripada tiru bulat-bulat dari Google.

Lebih baik juga jika surat itu ditulis dengan ikhlas dari hati. Waktu tulis tu biar jujur dan berlaku adil sebaik mungkin kepada diri dan juga majikan.

Bukan itu sahaja, tipulah kalau tak ada kenangan gembira dengan kawan-kawan sepejabat kan?

Simpanlah memori terindah serta kenangan belajar bersama majikan.

Kredit: Twitter @rafiziramli

Walaupun dah tak bekerja di bawah satu bumbung, harapnya hubungan persahabatan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Majikan pun sedih tau bila dapat tahu kita nak pindah tempat kerja. Majikan mana yang tak sayangkan pekerja mereka kan?

Kredit: Twitter @rafiziramli

Hari-hari terakhir di tempat kerja, habiskanlah masa sebanyak mungkin dengan kawan-kawan sepejabat yang sudah dianggap macam adik-beradik.

Ambil video dan gambar banyak-banyak. Simpan buat kenangan.

Kalau mereka ada buat farewell, jangan lupa hadirkan diri.

Jika ada tugasan yang belum selesai, siapkan dahulu dengan baik. Pada hari terakhir, jangan lupa berjumpa dengan majikan dan ucap selamat tinggal.

Kredit: Twitter @rafiziramli

Rafizi meluahkan rasa sayangnya kepada semua pekerja dan menganggap mereka macam ahli keluarga.

Dia pun agak sedih bila bekas pekerja sudah move on.

Walau bagaimanapun, dia tetap mendoakan kesemua bekas pekerjanya.

Kredit: Twitter @rafiziramli

Dapat bos yang baik pun dikira satu rezeki juga tau.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd