Now Reading
TMJ Dilantik Sebagai Pemangku Raja Johor Mulai Hari Ini, 16 Jun

TMJ Dilantik Sebagai Pemangku Raja Johor Mulai Hari Ini, 16 Jun

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja bagi memberinya ruang untuk berehat buat sementara waktu.

TMJ sebagai Pemangku Raja Johor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor bermula hari ini (16 Jun).

Baginda menitahkan perkara tersebut selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Kota Ismail, Kota Iskandar, Johor.

Sumber: Facebook/HRH Crown Prince of Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat pelantikan tersebut bagi memberinya ruang untuk berehat buat sementara waktu. Pelantikan berkenaan akan berkuat kuasa sehingga tempoh tertentu yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan anda, jawatan Pemangku Raja merupakan wakil yang memegang kuasa raja sewaktu ketiadaan raja, ketika baginda dilaporkan sakit atau belum cukup dewasa.

Sumber: Facebook/HRH Crown Prince of Johor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim

TMJ atau Tunku Ismail merupakan anak sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2016 sebelum bergelar Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010. TMJ juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 11 Ogos 2019.

Sumber: Facebook/HRH Crown Prince of Johor

Terdahulu, TMJ sebagai pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan untuk mengundur diri daripada pengurusan kelab atas faktor komitmen lain.

BACA JUGA: “Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Kelab”- TMJ Umum Undur Diri Dari JDT

Pada masa yang sama, Sultan Johor pada hari ini bertitah supaya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri Johor.

Baginda turut menzahirkan perasaan sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik serta keadaan jalan-jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang.

BACA JUGA: “Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Untuk Keluar Malaysia” – Sultan Johor


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd