Now Reading
MOSTI Umum Matahari Tepat Di Atas Kaabah Pada Sabtu, 28 Mei Jam 5:18pm

MOSTI Umum Matahari Tepat Di Atas Kaabah Pada Sabtu, 28 Mei Jam 5:18pm

Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentu atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

matahari atas kaabah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi sebentar tadi menerusi satu ciapan di Twitter @officialmosti mengumumkan bahawa pada hari Sabtu (28 Mei 2022) pada jam 5:18 petang, matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah.

Ia merupakan terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi kesemua objek tegak yang ada di permukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah.

Fenomena ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentu atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

BACA JUGA: Krisis Kemarau Seluruh Dunia Meningkat 29%


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd