Now Reading
Krisis Kemarau Seluruh Dunia Meningkat 29%

Krisis Kemarau Seluruh Dunia Meningkat 29%

Pada ketika ini, lebih 2.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan masalah bekalan air dan hampir 160 juta kanak-kanak terdedah dengan kemarau teruk serta berpanjangan.

krisis kemarau

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.


Tidak dapat dinafikan, cuaca di Malaysia pada ketika ini begitu panas. Bukan setakat itu sahaja, panas terik yang kering juga membuatkan orang ramai mudah berasa keletihan, dahaga, dan lesu sepanjang hari.

Malah, pertukaran suhu daripada sejuk penghawa dingin kepada panas terik matahari dan bahang membuatkan segelintir individu mudah jatuh sakit.

Ada yang demam, selesema, batuk dan sebagainya.

krisis kemarau
Keadaan cuaca di Kuala Lumpur pada ketika ini.
(Sumber: Google)

Krisis Kemarau Seluruh Dunia Naik 29% – PBB

Satu laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa krisis kemarau di seluruh dunia semakin serius dengan berlakunya peningkatan 29% dalam bilangan dan tempoh masa fenomena itu sejak tahun tahun 2000.

Laporan bertajuk Drought in Numbers 2022 yang dikeluarkan beberapa hari lalu turut mendapati bahawa kemarau menjadi bencana yang menjejaskan kehidupan penduduk di negara-negara membangun.

krisis kemarau

Dari tahun 1970 hingga 2019, cuaca, iklim dan pencemaran air membentuk separuh daripada kejadian bencana di dunia dan 45% kematian berkaitan bencana dengan kebanyakannya adalah di negara-negara membangun.

Kemarau yang terdiri daripada 15% bencana itu pula telah menyumbang kepada kematian manusia paling besar iaitu 650,000 kematian dari tahun 1970 hingga 2019.

Kita berada di persimpangan jalan. Kita perlu menuju ke arah penyelesaian daripada meneruskan tindakan yang memusnahkan serta percaya bahawa perubahan kecil boleh menghapuskan kegagalan sistemik.

Setiausaha Eksekutif Persidangan PBB bagi Memerangi Penggurunan, Ibrahim Thiaw.

Kemarau Beri Kesan Kerugian Ekonomi Global

krisis kemarau

Sementara itu, laporan berkenaan mendapati bahawa kemarau telah menyebabkan kerugian ekonomi global bersamaan dengan kira-kira AS$124 bilion (RM543.5 bilion) dari 1998 hingga 2017.

Dalam masa sama, ketika ini lebih 2.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan masalah bekalan air dan hampir 160 juta kanak-kanak terdedah dengan kemarau teruk yang berpanjangan.

Malah, sekiranya tindakan di peringkat global tidak diambil bagi menangani isu tersebut, anggaran kira-kira 700 juta penduduk dunia berisiko kehilangan tempat tinggal akibat kemarau menjelang tahun 2030.

Selain itu, satu daripada empat kanak-kanak juga dijangka tinggal di kawasan yang mempunyai masalah kekurangan bekalan air ekstrem menjelang 2040.

Menjelang 2050 pula, kemarau diramal mampu menjejaskan lebih 3/4 daripada penduduk dunia.

Ia dijangka melibatkan 4.8 bilion hingga 5.7 bilion penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan yang mengalami masalah kekurangan air sekurang-kurangnya sebulan setiap tahun.

Membina landskap-landskap yang boleh meniru alam semula jadi serta mengandungi sistem ekologi yang berfungsi amat penting dalam usaha mencegah kemarau daripada terus menjadi bencana yang dahsyat

Setiausaha Eksekutif Persidangan PBB bagi Memerangi Penggurunan, Ibrahim Thiaw.

Antara penyelesaian lain dicadangkan menerusi laporan tersebut adalah termasuk:

  • Penggunaan haiwan
  • Pembinaan sistem amaran awal yang berkesan merentasi sempadan
  • Penggunaan teknologi-teknologi canggih
  • Mobilisasi kewangan yang mampan
  • Penyertaan usahawan, masyarakat setempat dan golongan muda dalam setiap proses berkenaan

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd