Now Reading
UKM Jadi Universiti Awam Pertama Buka Cawangan Di Luar Negara

UKM Jadi Universiti Awam Pertama Buka Cawangan Di Luar Negara

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan program peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah secara persisir (offshore) di kampus cawangan Doha.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya, universiti awam hanya terletak di dalam negara sahaja, tidak seperti sektor pendidikan swasta yang mempunyai beberapa cawangan di luar Malaysia seperti kampus Universiti Heriot-Watt di London.

Antara universiti awam yang terdapat di Malaysia adalah seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Baru-baru ini, salah sebuah institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi universiti awam pertama yang membuka cawangan di luar negara

UKM bakal membuka cawangan pertama mereka di Doha, Qatar dengan pengambilan kumpulan pelajar baharu bermula Oktober tahun ini.

Kejayaan ini direalisasikan melalui majlis menandatangani satu memorandum perjanjian (MoA) antara UKM dan The Regional Group of Qatar di Doha.

Sumber: Astro Awani

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif Regional Group Company Qatar Sheikh Abd Rahman bin Khalifa bin Abdul Aziz Al-Thani.

Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Mac lalu, UKM bersetuju untuk menawarkan program peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah secara persisir (offshore) di Doha.

Naib Canselor Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Noraini Ahmad.

Saya berbangga dengan UKM kerana telah menjadi penyumbang kepada pencapaian tersebut dan terus mengorak langkah bagi meluaskan kerjasama antarabangsa di Qatar.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Noraini Ahmad.

The Regional Group of Qatar adalah sebuah syarikat yang mengendalikan urusan berkaitan pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian, pelaburan saham dan khidmat perundingan kejuruteraan di Qatar.

Pihak mereka juga bertanggungjawab dalam pengurusan program, pemasaran dan menyediakan kemudahan fasiliti dan infrastruktur bagi tujuan pembelajara para pelajar di Qatar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd