Now Reading
India Sekat Eksport Gandum. Apa Kesannya Kepada Malaysia & Seluruh Dunia?

India Sekat Eksport Gandum. Apa Kesannya Kepada Malaysia & Seluruh Dunia?

Tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran dunia ini telah berkuat kuasa serta-merta ketika berlakunya gelombang haba.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, India telah menyekat eksport gandum ke pasaran dunia termasuklah Malaysia sehingga mengakibatkan harga barangan berdasarkan bahan mentah berkenaan dijangka meningkat. Keadaan ini juga bakal menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi dunia.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff memaklumkan langkah tersebut yang dikatakan bagi melindungi kepentingan pasaran domestik India telah memberi tekanan ke atas rantaian bekalan gandum global.

Situasi ini dijangka akan berlarutan dalam tempoh beberapa bulan selepas ini kerana untuk mengembalikan bekalan gandum dengan segera bergantung kepada faktor cuaca dan permintaan peringkat domestik serta global.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Tindakan India itu telah berkuat kuasa serta-merta ketika gelombang haba kerana cuaca panas terik yang berlaku sehingga mengganggu hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Sumber: Harian Fakta

Harga gandum di India juga dilaporkan telah meningkat kepada rekod tertinggi sehingga mencecah 25,000 rupee (RM1,418) satu tan berbanding harga minimum ditetapkan kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).

Indonesia sebelum ini juga mengambil langkah menyekat eksport minyak sawit bagi menghalang kenaikan harga komoditi itu di samping untuk menjaga kepentingan pasaran domestiknya.


Bagaimana sekatan ini boleh berlaku?

Berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna Twitter (Shaqib Shahril), sekatan ini merupakan langkah yang telah diambil oleh India selepas beberapa perkara besar dunia berlaku.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Perang Rusia-Ukraine

Selepas perang daripada dua buah negara iaitu Rusia dan Ukraine berlaku pada awal Februari lalu, bekalan gandum ke seluruh dunia telah tersekat dan India melihat peluang ini untuk melebarkan sayapnya.

Sebagai negara pengeluar gandum, India telah menyediakan bekalan gandum kepada beberapa buah negara seperti Indonesia dan Filipina.

Sebelum ini, negara yang menjadi ‘pelanggan tetap’ mengeksport gandum dari India adalah seperti Bangladesh, Oman dan Sri Lanka.

Namun selepas India mula mengambil alih pasaran kesan daripada perang Rusia-Ukraine, pengeluaran gandum meningkat daripada 10 juta kepada 15 juta tan.

2. Gelombang haba

Pengeluaran tersebut dilihat terjejas selepas India dilanda gelombang haba dengan peningkatan suhu sebanyak 4.5 darjah Celcius. Cuaca panas yang berlaku ini telah mengakibatkan eksport gandum di India mula jatuh.

Kesan haba yang meningkat secara tiba-tiba ini turut menyebabkan beberapa perkara seperti berikut:

Bukan itu sahaja, gelombang haba yang berlaku di India juga menjadi punca kepada berlakunya inflasi, keperluan tenaga serta kenaikan harga barangan.

3. Kekurangan bekalan elektrik

Gelombang haba juga menyebabkan masyarakat India kekurangan bekalan elektrik. Berikutan itu, mereka mengambil inisiatif untuk menggunakan arang batu bagi membekalkan tenaga dalam kehidupan seharian.

Kerajaan India terpaksa membatalkan ratusan penumpang kereta api bagi mengutamakan pengangkutan arang baru ke loji janakuasa bagi mengelakkan mereka daripada terputus bekalan elektrik.

4. India sedang mengalami inflasi

Dalam pada masa yang sama, India juga sedang mengalami masalah inflasi. Antara solusi yang dilihat berkesan bagi membendung perkara ini adalah dengan menyekat eksport produk ke luar India bagi memfokuskan kepada pengawalan harga serta jumlah stok dalam negara.


Kesan larangan eksport gandum India kepada seluruh dunia

Sekatan tersebut pastinya memberi kesan besar kepada seluruh penduduk dunia dan turut dirasai oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Antara kesannya adalah seperti:

1. Menjejaskan perolehan negara

Pada awal Mei lalu, perjanjian eksport gandum telah ditandatangani untuk mendapatkan sekitar 1.5 juta tan pembelian gandum oleh negara Asia. Namun, tindakan serta-merta dari India ini telah menjejaskan perolehan kerajaan sehingga 50%.

2. Harga gandum naik mendadak

Disebabkan kekurangan pengeluaran untuk mencapai permintaan yang tinggi daripada pengguna, harga jualan akan meningkat kerana tiada lagi stok eksport yang diterima dari negara luar.

3. Memburukkan lagi krisis makanan di Eropah

Sebelum ini, masyarakat Eropah bergantung kepada eksport daripada negara Ukraine. Tetapi bekalan tersebut tersekat selepas berlaku peperangan melibatkan Rusia dan Ukraine.

Tindakan India ini pula dilihat sebagai satu langkah yang memburukkan lagi krisis makanan yang sedang berlaku di Eropah.

3. Stok tepung gandum di Malaysia semakin kekurangan

Berikutan stok bekalan gandum semakin terhad, Malaysia yang merupakan salah satu pengimport utama sekitar RM36.5 juta akan melihat kenaikan harga makanan berasaskan bahan mentah ini.

Dalam pada masa yang sama, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa bekalan tepung gandum di Malaysia dijangka bertahan sehingga Julai ini sahaja.

Keadaan ini telah merisaukan ramai peruncit dan peniaga sehingga menyebabkan harga sepekat tepung gandum meningkat kepada RM3.50 daripada RM2.80.

4. Peningkatan paras laut dunia

Gelombang haba yang berlaku di India akan mengakibatkan pencairan glasier. Tidak mustahil juga paras laut dunia boleh meningkat serta menenggelamkan beberapa kawasan rendah di negara lain.

Kesimpulan

Berdasarkan situasi sekatan gandum yang berlaku melibatkan India dan seluruh dunia, terdapat beberapa kesimpulan yang perlu diambil perhatian seperti sekuriti makanan dan perubahan iklim.

Namun segala keputusan akan dibincangkan semula menerusi Mesyuarat Tahunan G7 di Bavaria pada bulan Jun ini serta di Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada 22 Mei 2022.

Melihat kepada situasi genting yang sedang berlaku ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berhemah dalam berbelanja dan memberikan sokongan kepada produk tempatan. Jika mempunyai tanah lapang di rumah, mulalah bercucuk tanam untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan tersendiri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

12 + 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd