Now Reading
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mula Diberi Mulai Hari Ini, 28 Mac

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mula Diberi Mulai Hari Ini, 28 Mac

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 28 Mac sehingga 8 April 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”.

Itu adalah tema bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dibentangkan dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021.

BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Mengikut Bajet 2022, terdapat tiga matlamat yang ingin dicapai iaitu:

  1. Rakyat Yang Sejahtera
  2. Perniagaan Yang Berdaya Tahan
  3. Ekonomi Yang Makmur dan Tampan

Bagi mencapai matlamat yang pertama iaitu Rakyat Yang Sejahtera, BKM diwujudkan dengan meneruskan pemberian bantuan secara tunai mengikut kumpulan sasaran.

Macam mana kita boleh dapatkan bantuan ini? Siapa yang layak?

Syarat dan kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia

Pemohon layak menerima BKM sekiranya berada di bawah kategori berikut:

Isi rumah

  • Sudah berkahwin.
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.

Warga emas tiada pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda TIDAK mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda TIDAK mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun.
  • Pendapatan kurang daripada RM2,500.

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori:

BKM mula diberi hari ini!

Tarikh ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pemohon BKM kerana hari ini mereka dapat mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan tersebut.

Untuk mereka yang diluluskan untuk menerima bantuan BKM, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing mula 28 Mac hingga 8 April ini.

Selain itu, kerajaan juga akan membuka permohonan rayuan mula 2 Mei selama satu bulan buat mereka yang tidak berjaya pada permohonan pertama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd