Now Reading
Agong & Raja Permaisuri Timang Dua Orang Cucu

Agong & Raja Permaisuri Timang Dua Orang Cucu

Cucu lelaki lahir pada Isnin (31 Januari) manakala cucu perempuan pula lahir pada Rabu (2 Februari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini dikhabarkan menerima berita gembira apabila menyambut kelahiran dua cucu.

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram @istana_negara, cucu lelaki yang diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser lahir pada Isnin (31 Januari).

YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga kepada YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Kemudian, seorang lagi cucu perempuan lahir pada Rabu (2 Januari) dan diberi nama YM Tengku Aleya Norlini.

Kredit: Instagram @imanabdullah

YM Tengku Aleya Norlini merupakan anakanda kedua YHM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Perkongsian khabar berita di laman sosial mendapat perhatian dan ramai yang turut mengucapkan tahniah kepada Agong dan Raja Permaisuri.

Tahniah kami ucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diberi peluang menimang dua lagi cucu yang comel.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd