Reunion CNY Boleh, Namun Rumah Terbuka Tidak Dibenarkan – MKN
Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 jatuh pada 1 Februari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Memandangkan Tahun Baharu Cina semakin hampir, SOP juga telah mula ‘dinyalakan’ untuk membolehkan perayaan ini disambut pada skala yang lebih kecil tahun ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan bahawa reunion bersama keluarga pada perayaan Tahun Baru Cina dan perhimpunan secara kecil-kecilan di rumah adalah dibenarkan.
Jamuan makan juga dibenarkan, tetapi atas dasar jemputan sahaja.
Menurut Menteri Datuk Halimah Mohamed Sadique, SOP tahun ini tidak akan terhad kepada rakan dan keluarga sahaja dalam radius 10km – tidak seperti tahun lepas.
BACA LANJUT: CNY SOP Revised After Backlash, Reunion Dinner Now Allowed With Max 15 Family Members
Meskipun tidak dijelaskan berapa ramai individu yang dibenarkan di dalam sebuah rumah, beliau juga menyebut bahawa perhimpunan seperti itu biasanya hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.

Selain itu, perayaan Pai Ti Kong dan Chap Goh Meh (masing-masing pada hari ke-9 dan ke-15 Lunar New Year) juga akan dibenarkan di tempat ibadat. Perayaan seperti tarian tradisional atau persembahan singa juga akan dibenarkan mengikut SOP sedia ada.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



