Now Reading
TNB Tutup 333 Pencawang Elektrik Di Beberapa Buah Negeri Terlibat Banjir

TNB Tutup 333 Pencawang Elektrik Di Beberapa Buah Negeri Terlibat Banjir

Beberapa pusat pemindahan banjir yang tidak menerima bekalan elektrik daripada pencawang akan diberikan set janakuasa mudah alih buat sementara waktu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berikutan keadaan banjir yang masih merisaukan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup buat sementara waktu 333 pencawang elektrik di enam buah negeri yang terjejas akibat banjir sejak Sabtu (18 Disember).

Memetik laporan, sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, 117 (Selangor), 45 (Kuala Lumpur), 17 (Negeri Sembilan), 10 (Melaka) dan 7 (Kelantan).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din, beliau memaklumkan penutup tersebut membabitkan hampir 30,000 pengguna sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kredit: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, beberapa pusat pemindahan banjir yang tidak menerima bekalan elektrik daripada pencawang akan diberikan set janakuasa mudah alih buat sementara waktu.

Penutupan pencawang demi keselamatan pengguna

Baru-baru ini, satu pencawang elektrik utama di Glenmarie, Shah Alam dilaporkan meletup akibat banjir kilat yang berlaku.

Kejadian itu juga menyebabkan bola api yang besar serta beberapa letupan yang berlaku.

BACA JUGA: [Watch] Shah Alam Electrical Substation Explodes Due To Flood

Berikutan kejadian itu juga, TNB telah mengambil langkah untuk membuat penutupan pencawang elektrik demi menjaga keselamatan pengguna terutamanya ketika sedang dilanda banjir.

TNB memahami kesukaran yang dialami mangsa banjir, namun keselamatan mereka tetap menjadi pertimbangan utama dalam proses pemulihan bekalan tenaga apabila air surut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada tiang elektrik dan kabel elektrik meskipun bersalut dengan penebat.

Kredit: SelangorKini

Orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan elakkan menyentuh alat elektrik dengan tangan basah kerana boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din.

Pengguna di kawasan banjir turut diminta untuk menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika terdapat pepasangan elektrik yang beralih atau tumbang di kawasan ditenggelami air.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd