Now Reading
Gangguan Air Melanda 472 Kawasan Di KL, Petaling dan Hulu Langat

Gangguan Air Melanda 472 Kawasan Di KL, Petaling dan Hulu Langat

Untuk terima update yang cepat, boleh ikuti semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk aplikasi mudah alih, Facebook, Twitter, dan Instagram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebanyak 472 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat sedang berdepan gangguan air tidak berjadual berikutan banjir yang berterusan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata dua loji rawatan air terpaksa ditutup dan satu hanya beroperasi sebahagiannya berikutan peningkatan paras air sungai.

Air Selangor dalam satu kenyataan semalam (19 Disember) berkata loji rawatan yang terjejas ialah Langat 2, Sg Langat dan Cheras Batu 11.

“Terdapat gangguan bekalan elektrik kecemasan di alur masuk Semantan yang menyebabkan gangguan bekalan air di Langat 2, manakala peningkatan paras kekeruhan air menyebabkan Sg Langat hanya mengeluarkan 40% daripada pengeluaran harian biasa.

“Loji Cheras Batu 11 terpaksa ditutup kerana banjir.”

Air Selangor berkata pihak mereka masih belum menentukan bila loji rawatan itu akan beroperasi semula.

“Pengguna boleh mengakses senarai kawasan terjejas di laman web kami http://hentitugas.airselangor.com dan aplikasi mudah alih Air Selangor.”

Mereka juga menjelaskan bahawa lori tangki air mudah alih tidak dapat digunakan buat masa ini kerana penutupan jalan utama.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Kami akan memaklumkan kepada pengguna melalui semua saluran komunikasi rasmi kami termasuk aplikasi mudah alih Air Selangor, Facebook, Instagram dan laman Twitter.

Air Selangor.

Kemas kini: Setakat jam 7am (20 Disember)

Maklumat terkini bagi loji-loji rawatan air yang telah dihenti tugas adalah seperti berikut:

  • Bagi LRA Semenyih 2, operasi telah dimulakan dan bekalan air bersih akan dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan yang terjejas secara berperingkat-peringkat. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10:00 malam, 20 Disember 2021.2
  • Bagi LRA Sg Langat, operasi telah dimulakan sepenuhnya. Proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak.
  • Bagi LRA Langat 2, proses pengepaman air mentah telah dimulakan. Proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak.
  • Bagi LRA Cheras Batu 11, proses pembersihan loji rawatan air berikutan insiden banjir sedang dilaksanakan.

Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Air Selangor juga perlu memastikan semua peralatan di loji rawatan air berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan Air Selangor terutamanya melibatkan arus elektrik.

Bantuan alternatif melalui lori tangki air masih lagi digerakkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor.

Air Selangor juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Orang ramai juga boleh menghubungi pusat hubungan Air Selangor di 15300, atau teruskan pertanyaan dan aduan mereka ke pusat bantuan Air Selangor yang boleh didapati di www.airselangor.com.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd