Now Reading
Arab Saudi Larang Jemaah Ambil Gambar Dan Video Di Masjidil Haram Serta Masjid Nabawi

Arab Saudi Larang Jemaah Ambil Gambar Dan Video Di Masjidil Haram Serta Masjid Nabawi

Kerajaan Arab Saudi melarang para jemaah untuk mengambil gambar serta video di tempat suci bagi melindungi dan menghormati kawasan beribadah itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kota Suci Mekah dan Madinah merupakan lokasi yang dituju masyarakat beragama Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah haji serta umrah.

Bila tiba di lokasi ini, ramai yang berasa teruja untuk menziarahi beberapa tempat ibadah seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Disebabkan tidak selalu berpeluang untuk ke tanah suci ini, ada di antara kita yang gemar mengambil beberapa gambar dan video di lokasi tersebut sebagai kenangan.

Namun kini, perbuatan itu dilarang oleh kerajaan Arab Saudi.

Pengunjung dilarang mengambil gambar atau video di sekitar tempat suci ini

Memetik laporan, kerajaan Arab Saudi memaklumkan bahawa pengunjung tidak lagi dibenarkan merakam video atau mengambil gambar di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah.

Perbuatan tersebut dianggap satu kesalahan kerana ingin memberi mesej kepada orang ramai supaya tidak lalai dan fokus dengan tujuan berada di kawasan suci tersebut.

Bukan itu sahaja, kerajaan Arab Saudi juga mahu melindungi kehormatan serta maruah kawasan tersebut sebagai tempat beribadah.

Langkah ini diambil untuk menjamin kehormatan dan maruah tempat suci ini. Kebanyakan jemaah haji banyak membuang masa dengan mengambil gambar serta video sebelum berdoa kepada Allah.

Kerajaan Arab Saudi.

Perbuatan mengambil gambar dan video dilihat seperti tidak menghormati tempat suci serta mengganggu orang lain untuk mengerjakan ibadah solat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd