Now Reading
Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Cabul Jurujual Wanita Di Kedai Vape

Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Cabul Jurujual Wanita Di Kedai Vape

Mahkamah membenarkan Zynetlee Von Zim diikat jamin oleh seorang penjamin sebanyak RM4,000 serta perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana seorang anggota tentera membuat gangguan seksual kepada seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape berdekatan Taman Keramat, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual

Anggota tentera yang dikenali sebagai Zynetlee Von Zim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini (19 November) atas dakwaan mencabul seorang jurujual wanita.

Walau bagaimanapaun, anggota tentera itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.

Anggota berusia 27 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabit kesalahan.

Jaminan direndahkan atas faktor masih tanggung keluarga

Memetik laporan, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin memberi cadangan supaya pesalah boleh dijamin oleh seorang penjamin sebanyak RM10,000.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri ke balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Namun, peguam bela yang mewakili Zynetlee iaitu Adi Zulkarnain Zulkafli memohon agar wang jaminan direndahkan kerana anak guamnya masih menanggung keluarga dan baru sahaja menyambut kelahiran seorang cahaya mata.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan anggota tentera tersebut diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali.

Kes akan disebut semula pada 12 Januari 2022.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd