Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual
Mangsa pada ketika itu sangat terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa sebab risau dengan keselamatan dirinya jika lelaki berkenaan bertindak di luar jangkaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Gangguan seksual di tempat awam sekarang ini semakin menjadi-jadi. Ada je berita mengenai orang buat perkara tak senonoh yang setiap hari kita dengar.
Selalunya yang jadi mangsa mesti kaum wanita.
Kaum wanita zaman sekarang memang kena selalu berhati-hati sebab kita tak tahu sekiranya ada orang yang berniat tidak baik.
Haih, bahaya sungguh la.
Lelaki beruniform buat gangguan seksual
Menerusi perkongsian yang dimuat oleh seorang pengguna Facebook iaitu Amir Hamzah Abdul Hamid, dia menceritakan gangguan seksual yang berlaku kepada seorang penjaga kedai wanita yang berusia 18 tahun baru-baru ini.
Kisahnya bermula apabila seorang anggota tentera lelaki difahamkan telah datang ke kedai vape di Taman Keramat untuk membeli perisa baharu.
Lelaki itu pada awalnya ingin mencuba perisa baharu yang dihulurkan oleh penjaga kedai berkenaan.
Secara tiba-tiba, lelaki itu menolak pod yang dihulurkan ke tepi dan terus menggenggam serta menghisap jari wanita tersebut.
Takutnya!
Mangsa pada ketika itu sangat terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa sebab risau dengan keselamatan dirinya jika lelaki berkenaan bertindak di luar jangkaan.
Video yang dimuat naik di Twitter MyWatch telah mendapat 73,600 ribu tontonan setakat ini.
Seorang lelaki berpakaian tentera melakukan gangguan seksual ke atas seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape di Keramat, KL.
— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 6, 2021
Kelihatan dalam CCTV, lelaki tersebut memegang tangan & menghisap jari mangsa. pic.twitter.com/aZN6ljzDLf
Menerus laporan daripada Malaysia Gazette, laporan polis telah dibuat oleh wanita berkenaan di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau kedua-duanya sekali.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan telah pun dipadam oleh di Facebook semasa artikel ini ditulis.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.