Now Reading
Pelancong Asing Dibenarkan Masuk Ke Pulau Langkawi Bermula 15 November

Pelancong Asing Dibenarkan Masuk Ke Pulau Langkawi Bermula 15 November

Pergerakan pergi dan balik dari Pulau Langkawi wajib menggunakan pengangkutan udara, sama ada melalui Kuala Lumpur atau Pulau Pinang (technical stop sahaja) atau terus ke Pulau Langkawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berikutan populasi dewasa yang sudah lengkap vaksinasi telah melebihi 90%, kerajaan mula membuka semula pelbagai sektor termasuklah sektor pelancongan.

Jika kita lihat, beberapa negara lain seperti Thailand, United Kingdom, Singapura dan sebagainya telah mula membenarkan kemasukan pelancong luar dengan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Malaysia tidak turut ketinggalan untuk menerima kemasukan pelancong asing ke negara ini demi merancakkan semula sektor ekonomi.

SOP di bawah merangkumi pergerakan bukan warganegara bagi tujuan melancong ke Pulau Langkawi melalui pengangkutan udara sahaja dan bakal berkuat kuasa pada 15 November 2021.


Aktiviti Tidak Dibenarkan

  • Pergerakan bagi tujuan melancong ke kawasan di luar daerah Pulau Langkawi sehingga hari ketujuh keberadaan di Pulau Langkawi.

Arahan Tetap


Kategori Pelancong Yang Dibenarkan

  • Individu yang telah lengkap divaksin dan telah melepasi tempoh 14 hari suntikan dos kedua atau selepas 28 hari suntikan dos tunggal (bergantung kepada jenis vaksin). Vaksin-vaksin yang dibenarkan oleh KKM adalah seperti di Lampiran 1.
  • Anak-anak di bawah umur 18 tahun boleh turut serta melancong bersama-sama ibu bapa / penjaga masing-masing yang telah divaksin.

Kategori Pelancong Yang Tidak Dibenarkan

  • Positif jangkitan COVID-19.
  • Kontak rapat kepada kes positif.
  • Orang perseorangan yang dikenakan Home Surveillance Order (HSO).
  • Individu dikenakan kuarantin wajib.
  • Individu baru tiba dari negara-negara berisiko tinggi.
  • Mereka yang bergejala.

Pergerakan Yang Dibenarkan

  • Tertakluk kepada negara-negara yang diluluskan oleh KKM/ JIM (sila rujuk laman sesawang MOTAC di https://motac.gov.my).
  • Minimum tiga (3) hari tempoh masa berada di Pulau Langkawi.

Keberadaan selama tiga hingga tujuh hari

  • Pergerakan pergi dan balik dari Pulau Langkawi wajib menggunakan pengangkutan udara, sama ada melalui Kuala Lumpur atau Pulau Pinang (technical stop sahaja) atau terus ke Pulau Langkawi.
  • Pergerakan pelancong antarabangsa hanya dihadkan dalam daerah Pulau Langkawi sahaja.

Keberadaan lebih daripada tujuh hari

  • Pergerakan pergi ke Pulau Langkawi wajib menggunakan pengangkutan udara, sama ada melalui Kuala Lumpur atau Pulau Pinang (technical stop sahaja) atau terus ke Pulau Langkawi.
  • Pelancong boleh keluar melalui pintu keluar domestik (udara atau laut) setelah disahkan negatif ujian saringan RT-PCR COVID-19 / Rapid Molecular Test pada hari ke lapan atau 72 jam sebelum meninggalkan Pulau Langkawi.
  • Pergerakan ke semua destinasi-destinasi di Malaysia dibenarkan kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Protokol Sebelum Berlepas Ke Malaysia

  • Setiap pelancong perlu menyediakan hasil ujian saringan RT-PCR COVID-19 / Rapid Molecular Test 72 jam sebelum berlepas ke Pulau Langkawi dalam bentuk cetakan atau digital.
  • Hanya pelancong yang menggunakan pengendali pelancongan di Malaysia yang berdaftar dengan MOTAC ataupun melalui sahaja dibenarkan.
  • Setiap pelancong asing wajib membeli polisi insurans melalui syarikat insurans Malaysia bernilai USD80,000 (COVID-19 dan pengembaraan) untuk sepanjang keberadaan di Malaysia.

Proses Selepas Tiba Di Pulau Langkawi

  • Di kaunter imigresen, pelancong perlu mengemukakan pasport, visa (jika perlu), tiket bercetak pergi dan balik serta pakej pelancongan bercetak untuk semakan Jabatan Imigresin Malaysia (JIM).
  • Pelancong yang lulus semakan dan tapisan keselamatan oleh JIM dibenarkan keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan terus ke hotel penginapan.
  • Ujian RT-PCR COVID-19 atau Rapid Molecular Test dibuat pada hari ketibaan atau selewat-lewatnya hari kedua di fasiliti swasta yang telah ditempah dengan pengendali pelancongan.
  • Pelancong hanya dibenarkan meneruskan aktiviti pelancongan setelah mendapat keputusan ujian negatif daripada ujian saringan yang dilakukan.
  • Ketika di pulau tersebut, pengusaha pelancongan perlu sentiasa memastikan para pelancong untuk sentiasa menjaga SOP dengan memakai pelitup muka, menggunakan aplikasi mySejahtera dan menjaga penjarakan sosial.

Proses sebelum bergerak pulang ke negara asal

  • Wajib untuk melakukan ujian RT-PCR COVID-19 / Rapid Molecular Test sekurang-kurangnya 72 jam sebelum menaiki pesawat.
  • Bagi pelancong antarabangsa yang tinggal selama tiga (3) hari di Pulau Langkawi, ujian RT-PCR COVID-19 / Rapid Molecular Test pada hari ketibaan atau selewat-lewatnya pada hari kedua sah digunakan untuk menaiki pesawat (hanya terpakai bagi pelancong yang terbang terus ke Pulau Langkawi).
  • Jika didapati bergejala atau positif, pengendali pelancong yang bertanggungjawab perlu menguruskan pelancong ke lokasi kuarantin swasta untuk kategori 1 dan 2 atau hospital swasta untuk kategori 3, 4 dan 5.
  • Jika didapati negatif, pelancong boleh meneruskan perjalanan balik ke negara asal atau ke destinasi lain di Malaysia.

Untuk SOP penuh, boleh rujuk di Telegram MKN: https://t.me/MKNRasmi/16331


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd