Nagaenthran Bakal Terima Rawatan Perubatan Selepas Sah Positif Covid-19
Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) memaklumkan Nagaenthran mempunyai kontak dengan dua kakitangan yang dilaporkan positif Covid-19.
Kredit: The Independent/ CNBC
Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) memaklumkan Nagaenthran mempunyai kontak dengan dua kakitangan yang dilaporkan positif Covid-19.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebelum ini, Singapura telah menangguhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang warganegara Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam selepas dia disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis diamorphine pada tahun 2011.
Berita mengenai hukuman mati Nagaenthran mendapat perhatian ramai termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
BACA JUGA: [Terkini] Singapura Tangguh Hukuman Mati Bagi Pesalah Dari Malaysia, Nagaenthran
Memetik laporan Harian Metro, Nagaenthran telah hadir ke Mahkamah Rayuan pada 9 November untuk rayuan terakhir terhadap hukuman mati apabila dia disahkan positif Covid-19.
Nagaenthran bakal menerima rawatan perubatan dan kesemua prosiding akan disambung semula selepas kesihatannya kembali pulih.
Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) memaklumkan Nagaenthran mempunyai kontak dengan dua kakitangan yang dilaporkan positif Covid-19.
Nagaenthran sihat dan tanpa gejala. Dia tidak melaporkan sebarang penyakit sebelum perbicaraan mahkamahnya. Dia tidak diberi vaksin kerana memilih untuk tidak menerima mana-mana vaksin Covid-19
Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).
Sehingga kini, 97% banduan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 90% selesai menerima kedua-dua dos.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd