Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Singapura telah memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan hukuman mati kepada Nagaenthran Dharmalingam.
Berita itu dikongsikan oleh Pengasas Lawyers for Liberty iaitu N.Surendran di laman Twitter.
Berita mengenai hukuman mati Nagaenthran menarik perhatian ramai termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memetik laporan Berita Harian, Ismail Sabri telah menghubungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Leong untuk meminta supaya hukuman gantung tersebut ditangguhkan agar permohonan baharu untuk Pengampunan Presiden Singapura boleh dikemukakan.
Nagaentharan telah disabitkan kesalahan oleh republik pulau itu selepas dia ditangkap bersama 42.72 gram diamorphine pada tahun 2011.
Dia juga telah didiagnosis dengan kecacatan intelektual sempadan dengan IQ 69 dan Attention Deficit Hyperactivitiy Disorder (ADHD) semasa penilaian psikiatri forensiknya.
BACA JUGA: TLDR: Groups Try Last-Ditch Effort To Prevent Nagaenthran’s Imminent Execution In Singapore
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.