Singapura Buka Pintu Sempadan Buat Rakyat Malaysia Lengkap Vaksin Bermula 29 November
Pelancong hanya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di bawah laluan perjalanan vaksinasi (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berita baik buat rakyat Malaysia!
Anda kini boleh bercuti di Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin untuk memasuki negara itu. Yang penting, dah lengkap vaksin – then you’re good to go!
Perkara ini diumumkan menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pada 7 November lalu.
Menurut kenyataan tersebut, pengembara hanya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di bawah laluan perjalanan vaksinasi (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-dua mereka menyatakan bahawa pandemik Covid-19 tidak dinafikan telah menganggu hubungan di antara rakyat kedua-dua negara ini.
Mereka juga bersetuju untuk menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat susulan Singapura dan Malaysia telah mencapai kemajuan yang begitu ketara dalam pemberian vaksin kepada rakyatnya.
During a recent phone conversation, the Prime Minister of Singapore Mr Lee Hsien Loong and I have been made aware that the people of both Malaysia and Singapore are facing movement constraints which are disrupting social relations. pic.twitter.com/1xAQnJb4yT
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 8, 2021
Spoke to PM @IsmailSabri60 on the phone today on the launch of the Vaccinated Travel Lane between @ChangiAirport and KLIA from 29 November. We agreed that it is timely to progressively resume cross-border travel between both countries. – LHL https://t.co/hojBhzKjNC pic.twitter.com/9be4iMSVq6
— leehsienloong (@leehsienloong) November 8, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.