Now Reading
Jangan Risau! Biskut Jenama Malaysia Ini Selamat Untuk Dimakan – KKM

Jangan Risau! Biskut Jenama Malaysia Ini Selamat Untuk Dimakan – KKM

Purata kandungan Acrylamide dan Glycidol didapati di bawah tahap selamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini kecoh tentang pencemaran Acrylamide dan Glycidol di dalam produk konfeksi termasuk beberapa jenama biskut terkenal di Malaysia iaitu Hup Seng, Jacobs, dan Julie’s.

Ini kerana kesemua jenama ini dikilangkan di Malaysia.

Rakyat Malaysia pun apa lagi, mestilah panik dengar berita biskut kegemaran mereka tidak selamat untuk dimakan.

BACA SINI: Some Of Malaysia’s Favourite Biscuit Brands Can Cause Cancer, Warns Hong Kong Consumer Council

Breakfast kalau tak tahu nak makan apa, ambil biskut dan cicah dengan milo panas je.
(Kredit: frostyeo/flickr)

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpanggil untuk menjelaskan maklumat terkini isu pencemaran Acrylamide dan Glycidol di dalam produk konfeksi termasuk biskut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat mendapati tahap purata Acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.

BKKM juga menjalankan penilaian risiko ke atas Acrylamide dan Glycidol dalam makanan dan menunjukkan risiko kesihatan terhadap Acrylamide dan Glycidol melalui pengambilan adalah RENDAH.

(Kredit: Andrew/Flickr)

Menurut International Agency For Research On Cancer (IARC), Acrylamide dan Glicydol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia. Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan.

Namun, bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

BACA JUGA: Malaysian Biscuit Brands Say Their Products Are Safe, In Response To Hong Kong Report

Pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran Acrylamide di dalam makanan dari Facebook Rasmi BKKM atau boleh juga menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd