Now Reading
Bajet 2022: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Buat Golongan M40

Bajet 2022: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Buat Golongan M40

Bajet 2022 telah dibentangkan di Parlimen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kerajaan hari ini (29 Oktober) telah membentangkan Bajet 2022 di Parlimen bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta ekonomi.

Berikut merupakan beberapa perkara yang bakal tersedia buat golongan Middle 40 (M40):

Untuk Keluarga

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan bulanan sehingga RM5,000.

Ibu bapa yang mempunyai tiga atau lebih anak layak mendapat BKM maksimum RM2,500.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Untuk peranti mudah alih

Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Untuk kesihatan mental

Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan bagi menampung kos perkhidmatan perundingan pakar psikiatri, pakar psikologi klinikal dan kaunselor berdaftar.

Untuk wanita bekerja yang mempunyai anak

Sebagai pengiktirafan kepada wanita bekerjaya yang menguruskan anak pada waktu bekerja, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 untuk bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Untuk peningkatan kemahiran

Pelepasan cukai untuk perbelanjaan menghadiri kursus pembangunan kemahiran atau pembangunan diri telah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

Selain itu, mereka yang mengikuti kursus dengan badan profesional yang diluluskan layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000.

Kursus profesional yang diluluskan termasuk perakaunan, kewangan serta yang berkaitan dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (atau ESG).

Untuk pelancongan domestik

Pelepasan cukai pendapatan individu khas untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2022.

Untuk pekerja gig

Kerajaan bercadang untuk memanjangkan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP termasuk caruman sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.

Untuk kenderaan elektrik

Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,500 diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, penyewaan dan sewa beli kemudahan, serta bayaran yuran langganan untuk kemudahan pengecasan EV.

Diskaun PTPTN

  • Diskaun 15% ke atas baki tertunggak untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 12% untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50% ke atas baki hutang dalam satu pembayaran.
  • Diskaun 10% untuk pembayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan kadar caruman minimum KWSP 9% sehingga Jun 2022.

RPGT

Kerajaan tidak lagi akan mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) untuk pelupusan oleh rakyat individu, pemastautin tetap dan syarikat dari tahun keenam dan ke atas.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd