Now Reading
Larangan Merokok Di Tempat Makan Masih Berkuat Kuasa – KJ

Larangan Merokok Di Tempat Makan Masih Berkuat Kuasa – KJ

Larangan tersebut merupakan inisiatif yang baik oleh kerajaan sebelum ini dan perlu diteruskan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Larangan merokok di kawasan tempat makan yang dilaksanakan sejak tahun 2019 masih diteruskan sehingga kini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ingin meningkatkan penguatkuasaan tersebut bagi memastikan masyarakat patuh terhadap arahan berkenaan.

Khairy memaklumkan di laman Twitter miliknya bahawa larangan itu merupakan inisiatif yang baik oleh kerajaan sebelum ini dan perlu diteruskan.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter mengenai status larangan itu.

Dalam tweet yang sama, Khairy memaklumkan bahawa pegawai penguatkuasaan undang-undang yang memantau pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) di jalanan juga akan memerhatikan pelaku dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pesalah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah mewartakan semua kedai makanan dan minuman di Malaysia sebagai kawasan bebas rokok bermula 1 Januari 2019.

Laporan Sinar Harian memaklumkan mereka yang didapati melakukan kesalahan merokok di tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Sekiranya gagal membayar kompaun, pesalah bakal didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

BACA JUGA: Smoking Ban: Week 1 Review


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd