Now Reading
Anti-Vaksin Tuduh KJ Bela Jin, Siap Nak Bacakan Qunut Nazilah

Anti-Vaksin Tuduh KJ Bela Jin, Siap Nak Bacakan Qunut Nazilah

KJ sempoi cakap dia sebenarnya pakai ’empat jenis jin’ iaitu Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino bagi melindungi keselamatan Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia menunjukkan perkembangan yang sangat baik selepas 91.5% sudah lengkap divaksin berdasarkan data dikemaskini pada 16 Oktober.

Perkembangan positif ini menyebabkan kerajaan mula memberi kelonggaran kepada rakyat untuk kembali hidup dengan norma baharu diikuti pematuhan SOP.

Seronoklah siapa yang dah vaksin tu.

Boleh dikatakan hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi sebelum Malaysia boleh mencapai 100% masyarakat yang lengkap vaksinasi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau akan terus ‘menyusahkan’ hidup golongan anti-vaskin.

BACA JUGA: KKM Buat Laporan Polis Terhadap Golongan Anti-Vaksin ‘Annoying’ – KJ

Kenyataan beliau menyebabkan golongan anti-vaksin merasakan tindakan itu tidak adil kerana merasakan mereka juga mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia.

Nak bacakan qunut nazilah untuk KJ

Disebabkan ‘panas’ dengan kenyataan Menteri Kesihatan itu, golongan anti-vaksin ingin membacakan qunut nazilah beramai-ramai kepada beliau.

Perkara ini sempat dikongsikan oleh Khairy di Instagram miliknya dengan memuat naik screenshot daripada group Telegram golongan anti-vaksin.

Khairy memberi respon bahawa golongan anti-vaksin nampaknya sudah ‘memulakan’ permainan dengannya.

Lain macam ya anti-vaksin ni.

Bukan itu sahaja, golongan itu juga menuduh beliau memakai tangkal serta membela empat jenis jin bagi melindungi diri.

Khairy membalas kenyataan mereka itu dengan mengakui bahawa dia memakai ’empat jenis jin’ iaitu Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino bagi melindungi keselamatan Malaysia.

Jangan main-main dengan empat jenis ‘jin’ ini.

Untuk golongan anti-vaksin yang dah bosan duduk rumah, cepat-cepatlah cucuk vaksin kalau nak pergi berjalan sana sini macam kami.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd